Connect with us

Antarabangsa

Mesir umum larangan niqab di sekolah 

Kerajaan Mesir mengumumkan larangan pemakaian niqab di sekolah berkuatkuasa permulaan penggal persekolahan pada 30 September depan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Mesir umum larangan niqab di sekolah 
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan Mesir mengumumkan larangan pemakaian niqab di sekolah berkuatkuasa permulaan penggal persekolahan pada 30 September depan.
  • Menteri Pendidikan Mesir, Reda Hegazy ketika membuat pengumuman itu pada Isnin menegaskan, pelajar masih berhak untuk bertudung tetapi tidak boleh menutup muka mereka.
  • Beliau berkata penjaga kanak-kanak harus sedar pilihan anak mereka dan pilihan itu hendaklah dibuat tanpa sebarang tekanan luar.
  • “Di sini, peranan guru-guru bahasa Arab, pendidikan agama, sosial dan psikologi, adalah mempersiapkan pelajar secara psikologi dalam melaksanakan keputusan kementerian dengan segala kebaikan dan kelembutan, dengan mengambil kira keadaan psikologi dan peringkat umur pelajar,” kata Reda dalam kenyataan dipetik Middle East Eye.
  • Kumpulan hak asasi berhujah mengatakan Perlembagaan Mesir melindungi kebebasan beragama dan menyekat niqab adalah satu bentuk pencabulan kebebasan awam.

Kerajaan Mesir mengumumkan larangan pemakaian niqab di sekolah berkuatkuasa permulaan penggal persekolahan pada 30 September depan.

Menteri Pendidikan Mesir, Reda Hegazy ketika membuat pengumuman itu pada Isnin menegaskan, pelajar masih berhak untuk bertudung tetapi tidak boleh menutup muka mereka.

Beliau berkata penjaga kanak-kanak harus sedar pilihan anak mereka dan pilihan itu hendaklah dibuat tanpa sebarang tekanan luar.

“Di sini, peranan guru-guru bahasa Arab, pendidikan agama, sosial dan psikologi, adalah mempersiapkan pelajar secara psikologi dalam melaksanakan keputusan kementerian dengan segala kebaikan dan kelembutan, dengan mengambil kira keadaan psikologi dan peringkat umur pelajar,” kata Reda dalam kenyataan dipetik Middle East Eye.

Perdebatan mengenai pemakaian niqab di sekolah berlangsung selama bertahun-tahun lamanya di Mesir.

Pakaian itu diketahui umum dipakai wanita Muslim di seluruh dunia atas dasar agama selama berabad-abad lamanya. 

Sebilangan di Mesir mengaitkan niqab dengan Ikhwanul Muslimin, kumpulan yang diharamkan dan dilabel organisasi pengganas sejak 2013 oleh kerajaan, tahun sama kumpulan terbabit memerintah Mesir dan digulingkan melalui rampasan kuasa tentera.

Kumpulan hak asasi berhujah mengatakan Perlembagaan Mesir melindungi kebebasan beragama dan menyekat niqab adalah satu bentuk pencabulan kebebasan awam.

Difahamkan, sebilangan institusi awam dan swasta di seluruh Mesir telah mengenakan larangan pemakaian niqab sebelum ini.

Sumber: Middle East Eye

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *