Terkini
KPM keluarkan lima hadis daripada modul Hadis 40 Imam Nawawi – Arun Dorasamy
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan lima hadis daripada modul asal Hadis 40 Imam Nawawi, dakwa Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy.

- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan lima hadis daripada modul asal Hadis 40 Imam Nawawi, dakwa Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy.
- Arun yang juga seorang peguam berkata, tindakan KPM itu dimaklumkan kepadanya oleh Persatuan Hindu Sangam Malaysia (MHS).
- Katanya, lima hadis dikeluarkan itu, termasuk hadis ke-8 daripada hadis 40 tersebut, kerana dianggap tidak selari dengan aspirasi perpaduan.
- “MHS briefed me, 5 Hadith (including Hadith #8) removed from original 40 Hadith by KPM that deemed not inline with unity. Thank you! (MHS memberitahu saya, 5 hadis (termasuk Hadis #8) dikeluarkan daripada Hadis 40 asal oleh KPM yang dianggap tidak selari dengan perpaduan. Terima kasih!),” kata Arun dalam hantaran di laman Facebooknya semalam.
- Hadis kelapan dimaksudkan itu adalah hadis perintah Allah SWT kepada Rasulullah SAW untuk memerangi manusia yang belum bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad utusan Allah hinggalah mereka menerima Islam, mendirikan solat dan membayar zakat.
- Setakat berita ini ditulis, usaha The Merdeka Times untuk mendapatkan maklum balas MHS berhubung perkara itu belum membuahkan hasil.
- Ekoran bantahan beberapa badan bukan Islam, KPM pada 25 Ogos lalu mengumumkan pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara hanya disasarkan kepada guru dan murid beragama Islam sahaja.
KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan lima hadis daripada modul asal Hadis 40 Imam Nawawi, dakwa Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy.
Arun yang juga seorang peguam berkata, tindakan KPM itu dimaklumkan kepadanya oleh Persatuan Hindu Sangam Malaysia (MHS).
Katanya, lima hadis dikeluarkan itu, termasuk hadis ke-8 daripada hadis 40 tersebut, kerana dianggap tidak selari dengan aspirasi perpaduan.
“MHS briefed me, 5 Hadith (including Hadith #8) removed from original 40 Hadith by KPM that deemed not inline with unity. Thank you! (MHS memberitahu saya, 5 hadis (termasuk Hadis #8) dikeluarkan daripada Hadis 40 asal oleh KPM yang dianggap tidak selari dengan perpaduan. Terima kasih!),” kata Arun dalam hantaran di laman Facebooknya semalam.
Hadis kelapan dimaksudkan itu adalah hadis perintah Allah SWT kepada Rasulullah SAW untuk memerangi manusia yang belum bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad utusan Allah hinggalah mereka menerima Islam, mendirikan solat dan membayar zakat.
Setakat berita ini ditulis, usaha The Merdeka Times untuk mendapatkan maklum balas MHS berhubung perkara itu belum membuahkan hasil.
Media pada 19 Ogos lalu melaporkan KPM melancarkan modul penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah yang antara lain untuk menerapkan kefahaman agama dan memupuk semangat kasih sayang, khususnya dalam kalangan guru dan pelajar beragama Islam.
KPM pada 25 Ogos lalu mengumumkan pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara hanya disasarkan kepada guru dan murid beragama Islam sahaja.
Beberapa pertubuhan bukan Islam sebelum itu dilaporkan membantah pelaksanaan modul hadis tersebut dengan kebimbangan ia membabitkan pelajar bukan Islam. – The Merdeka Times
Sumber: Arun Dorasamy – Mhs briefed me, 5Hadith(including Hadith #8… | Facebook
