Terkini
MIC sifatkan kenyataan Tun M dangkal, sekolah vernakular bukan punca perpecahan kaum
Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu sistem sekolah vernakular di seluruh negara ini dimansuhkan adalah kenyataan bersifat dangkal.
- Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu sistem sekolah vernakular di seluruh negara ini dimansuhkan adalah kenyataan bersifat dangkal.
- Pengerusi Biro Pendidikan MIC, Senator Datuk R. Nelson berkata, perihal sekolah vernakular tidak sepatutnya dibangkitkan kerana ia termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
- Menurut beliau, sekolah vernakular juga perlu dianggap sebagai isu berkaitan 3R yang tidak sepatutnya dijadikan modal politik mana-mana pihak.
- “Hal itu sudah termaktub di dalam perlembagaan, jadi tidak ada persoalan lagi kerana setiap sekolah vernakular juga turut mengajar sifat-sifat baik dan bukannya perpecahan kaum. Jadi untuk mendakwa sekolah vernakular sebagai punca perpecahan kaum adalah tidak wajar,” katanya kepada pemberita selepas majlis pertemuan dengan komuniti India, di pejabat Persekutuan Persatuan-Persatuan India Berdaftar Negeri Johor (GAPPIN), di sini.
JOHOR BAHRU – Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu sistem sekolah vernakular di seluruh negara ini dimansuhkan adalah kenyataan bersifat dangkal.
Pengerusi Biro Pendidikan MIC, Senator Datuk R. Nelson berkata, perihal sekolah vernakular tidak sepatutnya dibangkitkan kerana ia termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Menurut beliau, sekolah vernakular juga perlu dianggap sebagai isu berkaitan 3R yang tidak sepatutnya dijadikan modal politik mana-mana pihak.
“Hal itu sudah termaktub di dalam perlembagaan, jadi tidak ada persoalan lagi kerana setiap sekolah vernakular juga turut mengajar sifat-sifat baik dan bukannya perpecahan kaum. Jadi untuk mendakwa sekolah vernakular sebagai punca perpecahan kaum adalah tidak wajar.
“Kenyataan Mahathir itu bersifat dangkal, mahkamah pun sudah putuskan ini isu perlembagaan dan tak boleh dipersoal, seperti isu 3R, jangan persoalkan lagi,” katanya kepada pemberita selepas majlis pertemuan dengan komuniti India, di pejabat Persekutuan Persatuan-Persatuan India Berdaftar Negeri Johor (GAPPIN), di sini.
Tambah Nelson, banyak faktor lain yang menjadi punca kepada perpecahan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia, namun sekolah vernakular bukan salah satu daripadanya.
“Sebagai contoh, apakah orang Cina dan India yang bersekolah di sekolah kebangsaan mereka tidak menyokong PH sebelum ini, jadi di mana mereka bersekolah bukan puncanya.
“Namun saya perlu akui sekolah vernakular ada kelemahan iaitu penguasaan Bahasa Malaysia yang lemah, aspek itu boleh diperbaiki lagi pada masa depan,” jelasnya.
Sumber: Kosmo