Terkini
SUHAKAM perlu berpegang Perlembagaan, elak pertembungan seperti ICERD
Malaysia memerlukan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan dan memahami kompromi kerajaan untuk mengelakkan berlaku pertembungan besar seperti Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD).
- Malaysia memerlukan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan dan memahami kompromi kerajaan untuk mengelakkan berlaku pertembungan besar seperti Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD).
- Menyifatkan negara ketika ini di ambang genting, peguam Lukman Sheriff Alias berkata beliau sebelum ini memaklumkan akan berlaku pindaan terhadap Akta SUHAKAM, di mana ia akan berpihak kepada pelantikan kelompok berhaluan kiri dan liberal.
- Katanya, menerusi pindaan itu selepas ini misalnya, pesuruhjaya tidak boleh daripada badan agama semata-mata seperti bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim yang sekarang ini merupakan pesuruhanjaya SUHAKAM.
- “Kita mahukan pesuruhjaya-pesuruhjaya yang berpegang kepada Perlembagaan. Yang faham akan kompromi kerajaan. Kalau tidak pertembungan besar seperti ICERD akan berlaku lagi,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
- Lukman Sheriff, yang juga Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), berkata demikian susulan peletakan jawatan Pengerusi SUHAKAM, Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad berkuat kuasa Khamis ini.
- Peletakan jawatan itu disifatkan sebagai ‘nasi sudah menjadi bubur’ oleh Lukman yang berkata beliau mempertahankan SUHAKAM diketuai Rahmat yang membawa hak asasi manusia mengikut acuan Akta SUHAKAM dan Perlembagaan Persekutuan.
KUALA LUMPUR — Malaysia memerlukan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan dan memahami kompromi kerajaan untuk mengelakkan berlaku pertembungan besar seperti Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD).
Menyifatkan negara ketika ini di ambang genting, peguam Lukman Sheriff Alias berkata beliau sebelum ini memaklumkan akan berlaku pindaan terhadap Akta SUHAKAM, di mana ia akan berpihak kepada pelantikan kelompok berhaluan kiri dan liberal.
Katanya, menerusi pindaan itu selepas ini misalnya, pesuruhjaya tidak boleh daripada badan agama semata-mata seperti bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim yang sekarang ini merupakan pesuruhanjaya SUHAKAM.
“Penting bagi negara SUHAKAM ini menjadi tengah pertahankan Perlembagaan. Kalau tidak ia menjadi pintu masuk “halal” bagi nilai-nilai barat yang bercanggah dengan nilai budaya dan kompromi Perlembagaan kita.
“Kita mahukan pesuruhjaya-pesuruhjaya yang berpegang kepada Perlembagaan. Yang faham akan kompromi kerajaan. Kalau tidak pertembungan besar seperti ICERD akan berlaku lagi.
“Kita mesti bersuara lagi untuk pastikan pelantikan pesuruhjaya SUHAKAM memenuhi ciri yang kita hendaki,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Lukman Sheriff, yang juga Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), berkata demikian susulan peletakan jawatan Pengerusi SUHAKAM, Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad berkuat kuasa Khamis ini.
Peletakan jawatan itu disifatkan sebagai ‘nasi sudah menjadi bubur’ oleh Lukman yang berkata beliau mempertahankan SUHAKAM diketuai Rahmat yang membawa hak asasi manusia mengikut acuan Akta SUHAKAM dan Perlembagaan Persekutuan.
“Di masa-masa lepas, ada pesuruhjaya-pesuruhjaya mengingkari atau memandang remeh acuan ini dalam membawa hak asasi manusia barat bulat-bulat.
“Sebab itu Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) kiri dan liberal amat tidak suka dengan SUHAKAM kini yang diketuai Prof Rahmat,” katanya.
Lukman Sheriff berkata terdapat pelbagai dakwaan dikenakan terhadap Rahmat di mana ia bermula dengan isu penggunaan dana asing daripada Kesatuan Eropah (EU), kemudiannya berlaku dakwaan dalaman libatkan staf SUHAKAM sendiri.
Katanya, Rahmat diminta melepaskan jawatannya ketika itu, bagaimanapun sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) perkara itu tidak diteruskan secara tiba-tiba.
“Sejurus selepas PRN beliau diberi kata putus untuk letak jawatan akhir bulan Ogos. Beliau juga ditawarkan Pengerusi AIAC (Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia). Pada mulanya beliau ingin fight tetapi akhirnya “relent”.
“Di bawah beliau Suhakam menjadi lebih inklusif kepada CSO2 (badan bukan kerajaan), terutamanya CSO bukan liberal atau CSO Muslim. Sehinggakan MACSA dapat menganjur bersama SUHAKAM dan UIA buat pertama kalinya seminar yang penting untuk HAM (Hak Asasi Manusia), “universalism dan cultural relativity”.
“Lawyer kami pun mendapat peluang watching brief. Sebelum ini semua ini tidak mungkin berlaku…. Saya tak tahu sama ada ini akan diteruskan atau MACSA akan di exclude. Wallahualam,” katanya. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Lukman Sheriff