Connect with us

Antarabangsa

Kenaikan harga beras gugat penduduk miskin Indonesia 

Kementerian Perancangan Pembangunan Nasional Indonesia (Bappenas) berharap kenaikan harga beras tidak akan meningkatkan jumlah penduduk miskin di negara itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kenaikan harga beras gugat penduduk miskin Indonesia 
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Perancangan Pembangunan Nasional Indonesia (Bappenas) berharap kenaikan harga beras tidak akan meningkatkan jumlah penduduk miskin di negara itu.
  • Pengarah Direktorat Pembasmian Kemiskinan dan Pemerkasaan Komuniti Bappenas, Maliki berkata, kenaikan harga dalam komoditi utama sememangnya menjadi cabaran besar dalam mengurangkan kemiskinan.
  • Menurut Maliki, tahap kemiskinan tidak dipengaruhi harga komoditi tetapi juga melibatkan pertumbuhan ekonomi berkaitan pendapatan dan peluang pekerjaan.
  • Kerajaan menyediakan bantuan sosial bagi membantu mengurangkan beban perbelanjaan awam.
  • “Namun, kesan positif ini juga akan dipengaruhi oleh inflasi. Jika orang miskin mendapat pekerjaan tetapi harga barang juga naik, maka mereka yang tidak miskin boleh menjadi miskin semula,” katanya.

JAKARTA: Kementerian Perancangan Pembangunan Nasional Indonesia (Bappenas) berharap kenaikan harga beras tidak akan meningkatkan jumlah penduduk miskin di negara itu.

Pengarah Direktorat Pembasmian Kemiskinan dan Pemerkasaan Komuniti Bappenas, Maliki berkata, kenaikan harga dalam komoditi utama sememangnya menjadi cabaran besar dalam mengurangkan kemiskinan.

Beliau berkata, harga beras naik 9.83 peratus dari September 2022 hingga Mac 2023.

Menurut Maliki, tahap kemiskinan tidak hanya dipengaruhi oleh harga komoditi tetapi juga melibatkan pertumbuhan ekonomi yang berkaitan dengan pendapatan dan peluang pekerjaan.

Selain itu, kerajaan turut menyediakan bantuan sosial bagi membantu mengurangkan beban perbelanjaan awam.

“Dengan pertumbuhan ekonomi semasa Indonesia melebihi lima peratus, ia akan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik. Jadi dari sini ada faktor positif yang mengurangkan kemiskinan.

“Namun, kesan positif ini juga akan dipengaruhi oleh inflasi. Jika orang miskin mendapat pekerjaan tetapi harga barang juga naik, maka mereka yang tidak miskin boleh menjadi miskin semula.

“Sekarang, ia adalah tarik tali, mana satu yang paling kuat. Dengan semua cabaran ini, ketika ini kita masih boleh mengurangkan kadar kemiskinan daripada 9.54 peratus pada Mac 2022 kepada 9.36 peratus Mac tahun ini,” katanya kepada CNN Indonesia.

Tambahnya, lapan tahun lalu, kenaikan 10 peratus harga beras sememangnya boleh meningkatkan kadar kemiskinan sebanyak 300,000 orang.

“Bagaimanapun, untuk keadaan semasa, saya tidak tahu secara pasti sejauh mana kesan kenaikan harga beras terhadap kemiskinan. Kita benar-benar perlu melihat semua faktor ini,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *