Connect with us

Antarabangsa

Remaja 16 tahun bocor paru-paru kerana hisap vape

Seorang remaja 16 tahun yang menghisap vape di Thailand menarik perhatian ramai apabila x-ray mendedahkan kebocoran udara di paru-paru kanannya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Remaja 16 tahun bocor paru-paru kerana hisap vape
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang remaja 16 tahun yang menghisap vape di Thailand menarik perhatian ramai apabila x-ray mendedahkan kebocoran udara di paru-paru kanannya.
  • Insiden itu dikongsikan pakar jantung, Tevin Chakrayanuyok yang berkata kesan bahaya menghisap vape adalah lebih serius daripada apa yang dijangkakan.
  • Terdahulu, Tevin berkongsi sebuah hantaran bersama imej x-ray paru-paru pesakitnya dan memaklumkan seorang individu dalam berusia 16 tahun telah datang mengadu sakit dada kepadanya.
  • Selepas meneliti sejarah pesakit mudanya yang kurus dan merupakan seorang penghisap vape tegar, serta mengalami sakit dada ketika bernafas, tetapi menafikan menjalankan sebarang aktiviti angkat berat.
  • Hasil x-ray kemudiannya mendapati adanya kebocoran udara pada paru-paru kanannya, yang menjadi punca terjejasnya fungsi paru-paru dan sakitnya itu.

Seorang remaja 16 tahun yang menghisap vape di Thailand menarik perhatian ramai apabila x-ray mendedahkan kebocoran udara di paru-paru kanannya.

Insiden itu dikongsikan pakar jantung, Tevin Chakrayanuyok yang berkata kesan bahaya menghisap vape adalah lebih serius daripada apa yang dijangkakan, demikian lapor Thaiger.

Pakar jantung itu juga menyeru mereka yang mampu meninggalkan perbuatan menghisap vape supaya melakukannya segera.

Terdahulu, Tevin berkongsi sebuah hantaran bersama imej x-ray paru-paru pesakitnya dan memaklumkan seorang individu dalam berusia 16 tahun telah datang mengadu sakit dada kepadanya.

Selepas meneliti sejarah pesakit mudanya yang kurus dan merupakan seorang penghisap vape tegar, serta mengalami sakit dada ketika bernafas, tetapi menafikan menjalankan sebarang aktiviti angkat berat.

Hasil x-ray kemudiannya mendapati adanya kebocoran udara pada paru-paru kanannya, yang menjadi punca terjejasnya fungsi paru-paru dan sakitnya itu.

Pesakit itu turut mengadu mengalami keletihan atau sakit dada dan tidak dapat bernafas sepenuhnya. Kes seperti itu seringkali dikatakan berpunca daripada penggunaan vape, pod atau e-rokok.

E-rokok mempunyai nikotin yang lebih tinggi dari rokok biasa, selain penggunaan propylene glycol dan bahan-bahan perasa, e-rokok dikatakan tidak lebih selamat berbanding rokok lain.

Penyelidikan prospektif jangka panjang berkemungkinan untuk diwujudkan tetapi agak sukar untuk ianya dijalankan kerana komponen bahan dalam satu-satu e-rokok itu nilainya berbeza.

Dengan terdedahnya pengguna kepada pelbagai bahan-bahan dalam e-rokok, tiada kajian tuntas setakat ini yang membuktikan bahawa ia selamat seperti penggunaan mana-mana ubatan.

Sumber: Thaiger

Author