Connect with us

Terkini

Lebih banyak rumah mampu milik akan dibina di Kuala Lumpur – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu lebih banyak rumah mampu milik dibina di Kuala Lumpur.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lebih banyak rumah mampu milik akan dibina di Kuala Lumpur – PM
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu lebih banyak rumah mampu milik dibina di Kuala Lumpur.
  • Menurutnya, kerajaan sebelum ini hanya membuat sasaran jumlah pembinaan rumah mampu milik, tetapi sasaran tersebut tidak pernah tercapai.
  • “Sebab itu saya beritahu kepada dewan bandaraya, saya nak tahu bulan ini berapa, untuk tahun depan berapa… jadi ia lebih baik dan kita boleh buat keputusan berdasarkan unjuran itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin MADANI serta Pusat Penjaja MADANI di Desa Tasik Sungai Besi, di sini semalam.
  • Perdana Menteri berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama pihak terlibat termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung perkara tersebut.

KUALA LUMPUR Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu lebih banyak rumah mampu milik dibina di Kuala Lumpur.

Ia bagi membantu golongan miskin bandar memiliki kediaman dengan harga yang berpatutan.

Menurutnya, kerajaan sebelum ini hanya membuat sasaran jumlah pembinaan rumah mampu milik, tetapi sasaran tersebut tidak pernah tercapai.

“Saya sebenarnya dalam pendekatan kerajaan ini…tidak berapa menggemari, agak sinis dengan unjuran ini. Selama ini satu menteri datang 100,000 rumah, 200,000 rumah tetapi tidak berhasil.

“Sebab itu saya beritahu kepada dewan bandaraya, saya nak tahu bulan ini berapa, untuk tahun depan berapa…jadi ia lebih baik dan kita boleh buat keputusan berdasarkan unjuran itu.

“Umpama sekarang ini 10,000 diperlukan dan buat sebelum Disember. Bagi saya lebih realistik kerana pengalaman kita, janji dan politik yang lunak itu tidak pernah dilaksanakan secara tuntas,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin MADANI serta Pusat Penjaja MADANI di Desa Tasik Sungai Besi, di sini semalam.

Tambah Anwar, beliau akan mengadakan perbincangan bersama pihak terlibat termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung perkara tersebut.

Mengenai majlis pecah tanah yang berlangsung, Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin MADANI menawarkan 1,010 unit rumah mampu milik kepada golongan M40 dan ke bawah yang belum memiliki kediaman.

Cadangan pembangunan kediaman di tapak seluas 3.4 ekar itu merangkumi 3 komponen utama.

Selain Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin MADANI, ia juga melibatkan pembinaan Pusat Penjaja MADANI.

Setiap unit rumah Residensi Wilayah ditawarkan pada harga RM300,000 manakala Residensi Prihatin MADANI dijual pada harga RM200,000 seunit.

Sumber: Berita RTM

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *