Connect with us

Antarabangsa

62 petugas bantuan kemanusiaan terkorban di zon konflik tahun ini – PBB

Seramai 62 petugas bantuan kemanusiaan terkorban dalam zon konflik di serata dunia, tahun ini, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

62 petugas bantuan kemanusiaan terkorban di zon konflik tahun ini – PBB
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seramai 62 petugas bantuan kemanusiaan terkorban dalam zon konflik di serata dunia, tahun ini, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.
  • Perkara itu dikongsikan ketika PBB sedang melakukan persediaan bagi memperingati 20 tahun kejadian serangan dahsyat ke atas ibu pejabat pertubuhan itu di Baghdad pada 2003.
  • PBB menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia pada setiap 19 Ogos bagi memperingati insiden pengeboman nekad yang meragut 22 nyawa, termasuk Sergio Vieira de Mello yang ketika itu merupakan Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia dan Ketua Misi PBB di negara berkenaan.

NEW YORK: Seramai 62 petugas bantuan kemanusiaan terkorban dalam zon konflik di serata dunia, tahun ini, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.

Perkara itu dikongsikan ketika PBB sedang melakukan persediaan bagi memperingati 20 tahun kejadian serangan dahsyat ke atas ibu pejabat pertubuhan itu di Baghdad pada 2003.

PBB menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia pada setiap 19 Ogos bagi memperingati insiden pengeboman nekad yang meragut 22 nyawa, termasuk Sergio Vieira de Mello yang ketika itu merupakan Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia dan Ketua Misi PBB di negara berkenaan.

Selain 62 kematian itu, 84 petugas mengalami kecederaan dan 34 lagi diculik, menurut maklumat Pangkalan Data Keselamatan Pekerja Bantuan yang dikumpulkan firma perunding Humanitarian Outcomes.

Jumlah petugas bantuan kemanusiaan yang terkorban sepanjang tahun lalu ialah seramai 116 mangsa.

Selama beberapa tahun, Sudan Selatan menjadi tempat paling berbahaya di dunia untuk petugas bantuan kemanusiaan.

Setakat 10 Ogos lalu, berlaku sebanyak 40 serangan ke atas pekerja terbabit sehingga meragut 22 nyawa, menurut Pejabat PBB bagi Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan. Ia diikuti bahagian utara Sudan yang sudah mencatat 17 serangan dengan 19 kematian, tahun ini.

Negara lain di mana petugas bantuan kemanusiaan maut termasuklah Republik Afrika Tengah, Mali, Somalia, Ukraine dan Yaman.

Setiap tahun, lebih 90 peratus mangsa yang terkorban dalam serangan ke atas petugas bantuan kemanusiaan adalah penduduk tempatan, menurut Pertubuhan Keselamatan NGO Antarabangsa. – AFP

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *