Connect with us

Terkini

Pelaburan RM25 bilion Infineon di Kedah bukti kepercayaan kepada Malaysia – PM

Infineon Technologies AG (Infineon) merancang membina kilang di Kulim, Kedah bagi mengeluarkan 200mm Power Fab SiC (silicon carbide) terbesar di dunia.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pelaburan RM25 bilion Infineon di Kedah bukti kepercayaan kepada Malaysia – PM
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri), bersama pihak syarikat Infineon Technologies AG (Infineon), Dr. Rutger Wijburg.
  • Infineon Technologies AG (Infineon) merancang membina kilang di Kulim, Kedah bagi mengeluarkan 200mm Power Fab SiC (silicon carbide) terbesar di dunia.
  • Perancangan terbaharu itu membabitkan pelaburan tambahan sebanyak RM25 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang dalam fasa kedua pembinaan modul 3.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengumuman pelaburan daripada Infineon telah membuktikan kepercayaan mereka terhadap Malaysia.
  • “Pengumuman ini adalah lanjutan daripada perbincangan saya dengan pihak syarikat Dr. Rutger Wijburg, Ketua Pegawai Operasi pada 24 Julai 2023,” katanya dalam kenyataan semalam.

KUALA LUMPUR – Infineon Technologies AG (Infineon) merancang membina kilang di Kulim, Kedah bagi mengeluarkan 200mm Power Fab SiC (silicon carbide) terbesar di dunia.

Perancangan terbaharu itu membabitkan pelaburan tambahan sebanyak RM25 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang dalam fasa kedua pembinaan modul 3.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengumuman pelaburan daripada Infineon telah membuktikan kepercayaan mereka terhadap Malaysia.

“Pengumuman ini adalah lanjutan daripada perbincangan saya dengan pihak syarikat Dr. Rutger Wijburg, Ketua Pegawai Operasi pada 24 Julai 2023,” katanya dalam kenyataan semalam.

Perbincangan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama wakil syarikat Infineon Technologies AG (Infineon).

Menurut Perdana Menteri, sejak lima dekad lalu, Infineon telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab penting dalam pembuatan fabrikasi wafer di Kulim, Kedah dan melaksanakan aktiviti pembungkusan semikonduktor cip di Batu Berendam, Melaka.

Katanya, keyakinan berterusan Infineon terhadap ekosistem pelaburan Malaysia mencerminkan kedudukan Malaysia yang penting dalam rantaian bekalan semikonduktor global.

“Ia menjadi pelengkap kepada Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu iaitu untuk menarik pelaburan berteknologi tinggi dan bernilai tinggi bagi menyokong ekonomi global dan domestik.

“Pengumuman ini juga selaras dengan gagasan Ekonomi Madani yang mensasarkan Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia dan berada di kedudukan antara 30 ekonomi terbesar di dunia,” kata Perdana Menteri. 

Sumber: Malaysia Gazette

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *