Connect with us

Terkini

Keputusan PRN referendum rakyat terhadap Anwar, Kerajaan Perpaduan

Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini bakal menjadi referendum rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Keputusan PRN referendum rakyat terhadap Anwar, Kerajaan Perpaduan
Foto: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
  • Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini bakal menjadi referendum rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
  • Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, ia membawa isyarat kepada penolakan kerajaan ketika ini jika kemenangan berpihak kepada Perikatan Nasional (PN).
  • Beliau yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata, walaupun kedudukan Anwar yang juga Menteri Kewangan tidak jatuh, namun kemenangan PN akan memberi kesan kepada moral pemimpin itu yang menandakan sokongan terhadapnya semakin lemah.
  • “Kalau (kita) menang besar itu menunjukkan bahawa enam negeri ini sudah menolak kerajaan Anwar dan) sebelum itu kena ingat ada tujuh negeri yang tidak ada seorang pun Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN).
  • “Jadi bayangkan impak kemenangan PN di enam negeri ini (walaupun) memang secara automatik Anwar tidak jatuh sebagai Perdana Menteri tetapi moralnya itu sangat mustahak,” katanya ketika Ceramah Pengenalan Calon di Markas Unit Daerah Mengundi (UDM) Losong Masjid di sini semalam.

KUALA TERENGGANU: Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini bakal menjadi referendum rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, ia membawa isyarat kepada penolakan kerajaan ketika ini jika kemenangan berpihak kepada Perikatan Nasional (PN).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata, walaupun kedudukan Anwar yang juga Menteri Kewangan tidak jatuh namun kemenangan PN akan memberi kesan kepada moral pemimpin itu yang menandakan sokongan terhadapnya semakin lemah.

“Sebenarnya kita menganggap PRN ini sebagai referendum kepada Anwar dan kepada Kabinet yang ada pada hari ini sekiranya kita menang enam negeri ini.

“Kalau (kita) menang besar itu menunjukkan bahawa enam negeri ini sudah menolak kerajaan Anwar dan) sebelum itu kena ingat ada tujuh negeri yang tidak ada seorang pun Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN).

“Jadi bayangkan impak kemenangan PN di enam negeri ini (walaupun) memang secara automatik Anwar tidak jatuh sebagai Perdana Menteri tetapi moralnya itu sangat mustahak,” katanya.

Beliau yang juga bekas Menteri Luar Negeri berkata demikian ketika Ceramah Pengenalan Calon di Markas Unit Daerah Mengundi (UDM) Losong Masjid di sini semalam.

Turut hadir, calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim dan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, Ahmad Shah Mohamed.

Sementara itu, Saifuddin yang juga Pengerusi PN Pahang yakin PN mampu menguasai negeri yang bertanding dalam PRN kali ini berdasarkan sokongan dan sambutan luar biasa yang ditunjukkan rakyat terhadap gabungan berkenaan.

“Saya ada keyakinan yang tinggi dan ini bukanlah kerana kita yakin tak tentu pasal (tetapi) di mana-mana kita pergi sekarang sambutan rakyat itu luar biasa.

“Jangan cerita di tempat yang memang kita sudah menang dan kita kuat, saya bercakap tempat-tempat yang kita belum menang ataupun pernah menang, pernah kalah, sambutan rakyat di mana-mana pada saya luar biasa,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin meminta pengundi di Terengganu mengekalkan kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bagi membolehkan membina lebih banyak rumah baru dan memperbaiki lagi perkhidmatan kepada rakyat di negeri ini. 

Sumber: Harian Metro 

Author