Antarabangsa
Warga Amerika berketurunan India protes, kutuk keganasan di Manipur
Warga Amerika berketurunan India mengadakan protes di California, New Jersey dan Massachusetts pada Jumaat dan Ahad untuk mengutuk keganasan etnik yang berterusan di Manipur, India.
- Warga Amerika berketurunan India mengadakan protes di California, New Jersey dan Massachusetts pada Jumaat dan Ahad untuk mengutuk keganasan etnik yang berterusan di Manipur, India.
- Protes bertujuan menyatakan solidariti kepada mangsa keganasan etnik selain menggesa Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden untuk campur tangan dan menyeru Perdana Menteri India, Narendra Modi menghentikan keganasan di Manipur.
- Manipur menyaksikan insiden keganasan antara etnik Meitei yang majoritinya beragama Hindu dan etnik Kuki yang beragama Kristian sejak awal Mei lalu, menyaksikan sekurang-kurangnya 130 maut dan 35,000 hilang tempat tinggal.
Washington, DC – Warga Amerika berketurunan India mengadakan protes di California, New Jersey dan Massachusetts pada Jumaat dan Ahad untuk mengutuk keganasan etnik yang berterusan di Manipur, India.
Keganasan etnik itu menyebabkan sekurang-kurangnya 130 maut dan 35,000 hilang tempat tinggal.
Di sebalik kekejaman berterusan itu, Kerajaan Hindu India dikatakan berdiam diri mengenai keganasan dihadapi etnik Kuki beragama Kristian di Manipur.
Di California, warga Amerika berketurunan India berkumpul di tangga Dewan Bandaraya Oakland untuk bantahan dianjurkan beberapa kumpulan advokasi, termasuk Persatuan Suku Kaum Manipur Amerika Utara (NAMTA), Majlis Orang Islam Amerika India (IAMC) dan Ambedkar King Study Circle.
Protes turut diadakan di Boston, Massachusetts untuk menyatakan solidariti kepada mengsa keganasan etnik selain menggesa Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden untuk campur tangan dan menyeru Perdana Menteri India, Narendra Modi menghentikan keganasan di Manipur.
Pengarah Bersekutu IAMC, Amin Zama dipetik Muslim Mirror sebagai berkata, ia adalah tanggungjawab kolektif untuk kami menyuarakan bantahan terhadap kekejaman itu.
“Pemimpin Amerika yang mengatur makan malam di Rumah Putih dan membenarkan Modi berucap pada sesi bersama Kongres, harus berdiri dan memberitahu Perdana Menteri India itu untuk berhenti membenarkan pembunuhan dan pembersihan etnik minoriti,” katanya.
Manipur menyaksikan insiden keganasan antara etnik Meitei yang majoritinya beragama Hindu dan etnik Kuki yang beragama Kristian sejak awal Mei lalu.
Sumber: Muslim Mirror