Connect with us

Antarabangsa

Semakin ramai rakyat AS percaya keganasan dapat capai matlamat politik – Tinjauan

Tinjauan terbaharu dijalankan Universiti Chicago mendapati semakin ramai rakyat Amerika Syarikat (AS) mempercayai hanya dengan kekerasan dapat mencapai matlamat politik.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Semakin ramai rakyat AS percaya keganasan dapat capai matlamat politik - Tinjauan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tinjauan terbaharu dijalankan Universiti Chicago mendapati semakin ramai rakyat Amerika Syarikat (AS) mempercayai hanya dengan kekerasan dapat mencapai matlamat politik.
  • Tinjauan ‘Bahaya kepada Demokrasi’ menunjukkan semakin ramai rakyat AS menyokong penggunaan keganasan politik ketika kempen presiden 2024 semakin panas dan dakwaan terhadap bekas Presiden Donald Trump berlangsung, lapor The Guardian pada Selasa.
  • Pusat penyelidikan ‘Project on Security & Threats Universiti Chicago (CPost) menjalankan tinjauan ‘Bahaya kepada Demokrasi’ terhadap orang dewasa AS mengenai keganasan politik dan sikap terhadap demokrasi sejurus serangan Capitol di Washington pada 6 Januari 2021.
  • Menurut tinjauan dijalankan CPost pada akhir Jun, bilangan rakyat AS yang percaya penggunaan kekerasan adalah wajar untuk membawa Trump ke Rumah Putih meningkat kira-kira enam juta dalam beberapa bulan terakhir kepada anggaran 18 juta orang.

LONDON: Tinjauan terbaharu dijalankan Universiti Chicago mendapati semakin ramai rakyat Amerika Syarikat (AS) mempercayai hanya dengan kekerasan dapat mencapai matlamat politik.

Tinjauan ‘Bahaya kepada Demokrasi’ menunjukkan semakin ramai rakyat AS menyokong penggunaan keganasan politik ketika kempen presiden 2024 semakin panas dan dakwaan terhadap bekas Presiden Donald Trump berlangsung, lapor The Guardian pada Selasa.

Pusat penyelidikan ‘Project on Security & Threats Universiti Chicago (CPost) menjalankan tinjauan ‘Bahaya kepada Demokrasi’ terhadap orang dewasa AS mengenai keganasan politik dan sikap terhadap demokrasi sejurus serangan Capitol di Washington pada 6 Januari 2021.

Menurut tinjauan dijalankan CPost pada akhir Jun, bilangan rakyat AS yang percaya penggunaan kekerasan adalah wajar untuk membawa Trump ke Rumah Putih meningkat kira-kira enam juta dalam beberapa bulan terakhir kepada anggaran 18 juta orang.

Daripada 18 juta orang itu, 68 peratus percaya pilihan raya 2020 dirampas daripada Trump dan 62 peratus percaya pendakwaan terhadap Trump bertujuan menjejaskan peluangnya pada 2024.

Dianggarkan tujuh peratus rakyat AS percaya keganasan mungkin diperlukan untuk memulihkan Trump kepada jawatan presiden, meningkat daripada 4.5 peratus atau 12 juta orang, pada April.

Laporan terbaharu menandakan peningkatan pertama dalam sokongan radikal dan ganas untuk Trump sejak April 2022, menurut Robert Pape, seorang profesor Universiti Chicago yang mengetuai CPost.

“Kami telah mengesan perkara ini agak lama dan ini adalah satu lonjakan sangat besar,” kata Pape, sambil menambah sikap orang awam yang radikal tidak mencukupi untuk keganasan sebenar berlaku, namun hasutan Trump dalam ucapan atau perhimpunan berupaya mencetuskan tindak balas seperti dilakukannya di Washington D.C. pada 6 Januari 2021.

“Dakwaan terhadap Trump mencetuskan sikap radikal penyokong tetapi itu bukan satu-satunya sumber radikalisasi,” kata Pape. “Anda melihat kemarahan dan radikalisasi yang semakin meningkat di sebelah kiri juga.”

Tinjauan itu juga mendapati sokongan penggunaan kekerasan untuk memaksa ahli Kongres “melakukan perkara yang betul” meningkat daripada sembilan peratus pada Januari kepada 17 peratus pada akhir Jun, dengan peningkatan paling ketara dalam kalangan Demokrat.

Sokongan untuk keganasan bagi memulihkan hak persekutuan terhadap isu pengguguran juga meningkat pada masa ini, walaupun terdapat sedikit petunjuk mana-mana kumpulan terancang menyokong tindakan atas kepercayaan ini.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *