Antarabangsa
Wakil Taliban Afghanistan lakukan kunjungan tidak rasmi ke Indonesia
Kunjungan wakil kerajaan Taliban Afghanistan ke Indonesia awal bulan ini bukan lawatan rasmi, kata Kementerian Luar republik berkenaan hari ini.
- Kunjungan wakil kerajaan Taliban Afghanistan ke Indonesia awal bulan ini bukan lawatan rasmi, kata Kementerian Luar republik berkenaan hari ini.
- Menurut Kabul, kunjungan itu adalah sebahagian pertemuan dengan ahli politik di negara yang memiliki majoriti penduduk beragama Islam dunia.
- Taliban menguasai semula pentadbiran Afghanistan pada Ogos 2021 dan cuba untuk meraih pengiktirafan daripada segenap negara dunia Islam, termasuk Indonesia dalam usaha mengukuhkan lagi hubungan politik serta ekonomi.
JAKARTA: Kunjungan wakil kerajaan Taliban Afghanistan ke Indonesia awal bulan ini bukan lawatan rasmi, kata Kementerian Luar republik berkenaan hari ini.
Menurut Kabul, kunjungan itu adalah sebahagian pertemuan dengan ahli politik di negara yang memiliki majoriti penduduk beragama Islam dunia.
Taliban menguasai semula pentadbiran Afghanistan pada Ogos 2021 dan cuba untuk meraih pengiktirafan daripada segenap negara dunia Islam, termasuk Indonesia dalam usaha mengukuhkan lagi hubungan politik serta ekonomi.
Bagaimanapun, Indonesia tidak mengiktiraf keabsahan kerajaan Afghanistan yang diterajui Taliban sejak menyambung semula pemerintah dua dekad selepas tentera pimpinan Amerika Syarikat (AS) menjatuhkan rejim berkenaan.
“Pada pengetahuan saya, mereka berada di Jakarta bagi urusan tidak rasmi dengan misi Afghanistan di sini,” kata jurucakap Kementerian Luar, Teuku Faizasyah.
Jelasnya, kunjungan itu tidak boleh dianggap sebuah delegasi kerana lawatan seumpamanya memerlukan protokol yang rasmi.
Berdasarkan kenyataan Timbalan Menteri Luar Afghanistan, Hafiz Zia Ahmad, menerusi hantaran di Twitter pada 14 Julai lalu, salah seorang diplomat tertinggi mengetuai sebuah ‘delegasi’ ke Indonesia.
“Delegasi itu mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan beberapa ulama, ahli politik dan ahli perniagaan di Indonesia untuk mengukuhkan hubungan politik serta ekonomi dua hala,” katanya.
Jurucakap Kementerian Luar Indonesia itu tidak mendedahkan siapa ahli politik Indonesia yang bertemu dengan delegasi Afghanistan tempoh hari.
Faizasyah berkata tiada mesyuarat rasmi antara pegawai kerajaan Afghanistan dan Indonesia.
Untuk rekod, hubungan antara dua negara majoriti Islam itu sudah lama terjalin berasaskan perpaduan agama. Pada 2018, Presiden Indonesia, Joko Widodo pernah melawat rakan sejawatannya dari Afghanistan, Ashraf Ghani, yang melarikan diri ketika Taliban menguasai Kabul.
Semasa berada di Jakarta, Hafiz Zia, dalam hantaran di Twitternya memaklumkan, wakil Afghanistan turut mengadakan pertemuan dengan diplomat dari Sri Lanka, Bangladesh dan Singapura.
Kerajaan Taliban tidak diiktiraf secara rasmi oleh mana-mana negara atau badan dunia tetapi hanya segelintir negara yang mempunyai kepentingan di Afghanistan.
Sumber: Berita Harian
You must be logged in to post a comment Login