Terkini
MPPWP bantu pendayaupayaan masyarakat capai agenda Malaysia MADANI
Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP), yang menjadi rujukan utama dalam konteks pembangunan masyarakat, berperanan membantu pendayaupayaan masyarakat ke arah mencapai nilai kemampanan dan kesejahteraan dalam agenda Malaysia MADANI berdasarkan komposisi yang dinamik berpandukan representasi zon yang diwakili.
- Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP), yang menjadi rujukan utama dalam konteks pembangunan masyarakat, berperanan membantu pendayaupayaan masyarakat ke arah mencapai nilai kemampanan dan kesejahteraan dalam agenda Malaysia MADANI berdasarkan komposisi yang dinamik berpandukan representasi zon yang diwakili.
- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata dinamik komposisi MPPWP bersifat inklusif yang mengambil kira tujuan representasi dan kriteria tertentu meliputi pelbagai kaum, jantina dan latar belakang.
- “MPP tidak hanya berfungsi sebagai entiti rasmi yang dilantik, lebih dari itu, MPP harus bertindak umpama rumah api atau ‘light house’ dalam lautan kerenah masyarakat yang penuh gelora dan cabaran,” katanya dalam kenyataan sempena Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan MPPWP) sesi 2023/2024 semalam.
- “Teknologi digital perlu dimanfaatkan sepenuhnya supaya setiap isu, aduan atau perkara-perkara yang ingin disampaikan kepada masyarakat dapat disalurkan dengan cepat dan berkesan,” katanya.
PUTRAJAYA, 25 Julai (Bernama) — Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP), yang menjadi rujukan utama dalam konteks pembangunan masyarakat, berperanan membantu pendayaupayaan masyarakat ke arah mencapai nilai kemampanan dan kesejahteraan dalam agenda Malaysia MADANI berdasarkan komposisi yang dinamik berpandukan representasi zon yang diwakili.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata dinamik komposisi MPPWP bersifat inklusif yang mengambil kira tujuan representasi dan kriteria tertentu meliputi pelbagai kaum, jantina dan latar belakang.
Beliau berkata gagasan Malaysia MADANI yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk kepada pembinaan sebuah kumpulan masyarakat yang maju dari segi kerohanian, pemikiran dan kebendaan serta menekankan kepada soal kebajikan dan kehidupan masyarakat di bandar-bandar besar khususnya di Wilayah Persekutuan.
“Dalam hal ini, fungsi dan peranan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) dalam pembangunan masyarakat MADANI adalah amat signifikan sebagai suara penghubung di antara kerajaan dan masyarakat di Wilayah Persekutuan.
“MPP tidak hanya berfungsi sebagai entiti rasmi yang dilantik, lebih dari itu, MPP harus bertindak umpama rumah api atau ‘light house’ dalam lautan kerenah masyarakat yang penuh gelora dan cabaran,” katanya dalam kenyataan sempena Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan MPPWP) sesi 2023/2024 semalam.
Mohd Zuki berkata ahli MPPWP sewajarnya memanfaatkan kecanggihan teknologi digital untuk memastikan setiap dasar, program dan agenda kerajaan dapat disalurkan dengan efisien kepada para penduduk di Wilayah Persekutuan.
“Teknologi digital perlu dimanfaatkan sepenuhnya supaya setiap isu, aduan atau perkara-perkara yang ingin disampaikan kepada masyarakat dapat disalurkan dengan cepat dan berkesan,” katanya.
Beliau berkata hari ini pelbagai aplikasi yang semakin canggih berasaskan kecerdasan buatan (AI) tumbuh bagai cendawan contohnya aplikasi ChatGPT yang berupaya menyediakan teks-teks ucapan, teks-teks mesej WhatsApp atau sistem pesanan ringkas (SMS) yang lebih teratur dan sistematik untuk disampaikan atau disebarkan kepada para penduduk di bawah tanggungjawab MPP.
Mohd Zuki berkata ahli MPP harus memastikan kerukunan dan keharmonian masyarakat dengan tidak menjadikan jawatan sebagai sebab untuk bersifat sombong dengan rakan kejiranan sebaliknya jawatan yang digalas itu harus menjadikan ahli MPP lebih merendah diri.
Pelantikan ahli MPPWP 2023/2024 melibatkan 13 zon dan 77 sub-zon dalam 13 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
MPPWP ditubuhkan pada 2010 bertujuan mewujudkan satu jaringan komuniti setempat bagi mengeratkan silaturahim, mengukuhkan ukhuwah serta melaksanakan aktiviti masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan latar belakang untuk bersedia mengharungi era digitalisasi dan globalisasi yang kian mencabar.
Sumber: Bernama
You must be logged in to post a comment Login