Antarabangsa
Polis moral Iran kembali di jalanan, kuatkuasa undang-undang hijab ketat
Iran melancarkan semula rondaan polis moral ketika pihak berkuasa meningkatkan usaha mereka untuk menguatkuasakan peraturan hijab wajib di negara itu.
- Iran melancarkan semula rondaan polis moral ketika pihak berkuasa meningkatkan usaha mereka untuk menguatkuasakan peraturan hijab wajib di negara itu.
- Jurucakap pasukan penguatkuasa undang-undang Iran, Saeid Montazeralmahdi mengesahkan pada Ahad bahawa rondaan polis kini beroperasi dengan berjalan kaki dan melalui kenderaan untuk membanteras individu yang tidak mematuhi peraturan pemakaian hijab itu.
- Menurut laporan Aljazeera, jurucakap pasukan penguatkuasa undang-undang Iran itu dipetik sebagai berkata, polis moral akan mengeluarkan amaran sebelum membawa pihak terbabit ke muka pengadilan.
- Perkembangan terkini itu dilaporkan 10 bulan susulan kes kematian Mahsa Amini, 22, yang meninggal dunia dalam tahanan polis selepas ditahan atas dakwaan pelanggaran kod pakaian.
Tehran – Iran melancarkan semula rondaan polis moral ketika pihak berkuasa meningkatkan usaha mereka untuk menguatkuasakan peraturan hijab wajib di negara itu.
Jurucakap pasukan penguatkuasa undang-undang Iran, Saeid Montazeralmahdi mengesahkan pada Ahad bahawa rondaan polis kini beroperasi dengan berjalan kaki dan melalui kenderaan untuk membanteras individu yang tidak mematuhi peraturan pemakaian hijab itu.
Menurut laporan Aljazeera, jurucakap pasukan penguatkuasa undang-undang Iran itu dipetik sebagai berkata, polis moral akan mengeluarkan amaran sebelum membawa pihak terbabit ke muka pengadilan.
Saied berkata polis berharap semua individu mematuhi kod pakaian itu supaya pegawai mempunyai lebih banyak masa untuk menangani tugasan lain.
Pegawai ditugaskan untuk memberi amaran kepada wanita dan kadangkala lelaki untuk membetulkan cara mereka berpakaian.
Ia termasuk arahan meminta wanita untuk melaraskan tudung atau berpakaian lebih sesuai.
Selain itu, wanita yang dianggap melanggar peraturan boleh ditangkap dan dipanggil ke kemudahan pendidikan semula yang dikendalikan polis.
Perkembangan terkini itu dilaporkan 10 bulan susulan kes kematian Mahsa Amini, 22, yang meninggal dunia dalam tahanan polis selepas ditahan atas dakwaan pelanggaran kod pakaian.
Kematian gadis itu mencetuskan protes besar-besaran di seluruh negara yang berlangsung selama berbulan-bulan, di mana polis moral sebahagian besarnya tidak hadir di jalanan Iran.
Sumber: Aljazeera