Connect with us

Terkini

Dadah boleh berpindah ke bayi menerusi susu ibu

Dadah seperti amphetamine dan methamphetamine boleh berpindah dari badan ibu kepada bayi melalui susu ibu. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Sharwani Alias

Published

on

Dadah boleh berpindah ke bayi menerusi susu ibu
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Dadah seperti amphetamine dan methamphetamine boleh berpindah dari badan ibu kepada bayi melalui susu ibu. 
  • Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Samhan Awang berkata sekiranya seorang ibu itu mengambil dadah dan didapati positif, maka bayi yang masih menyusu badan pun berisiko positif dadah.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas insiden membabit bayi berusia setahun 10 bulan yang didapati positif dadah ketika menerima rawatan di Hospital Taiping pada Selasa lalu.
  • Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid sebelum ini dilaporkan berkata pegawai perubatan hospital berkenaan memaklumkan kepada beliau bahawa bayi itu positif dadah amphetamine dan methamphetamine, manakala ibu bayi itu didapati positif dadah jenis methamphetamine.

KUALA LUMPUR – Dadah seperti amphetamine dan methamphetamine boleh berpindah dari badan ibu kepada bayi melalui susu ibu. 

Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Samhan Awang berkata sekiranya seorang ibu itu mengambil dadah dan didapati positif, maka bayi yang masih menyusu badan pun berisiko positif dadah.

“Ada kemungkinan ibu sebenarnya telah mengambil kedua-dua dadah iaitu amphetamine dan methamphetamine. Sebab itu bayi positif amphetamine dan methamphetamine

“Tetapi kenapa ibu hanya positif methamphine saja? Ada kemungkinan amphetamine dalam badan ibu sudah terkumuh dari badan ibu dan menyebabkan keputusan jadi negatif,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas insiden membabit bayi berusia setahun 10 bulan yang didapati positif dadah ketika menerima rawatan di Hospital Taiping pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid sebelum ini dilaporkan berkata pegawai perubatan hospital berkenaan memaklumkan kepada beliau bahawa bayi itu positif dadah amphetamine dan methamphetamine, manakala ibu bayi itu didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Mengulas lanjut, Dr Samhan berkata dadah jenis amphetamine dan methamphetamine boleh memberi kesan kepada sistem saraf pusat. 

Beliau berkata antara risiko boleh berlaku terhadap bayi sekiranya terdedah dengan dadah dalam jangka masa panjang adalah perkembangan tumbesaran lambat seperti sukar berjalan, susah bercakap (delayed speech) dan kemampuan kognitif lemah.

Katanya, dadah turut memberi kesan terhadap gangguan saraf seperti kerosakan saraf kekal pada sel saraf dan otak selain gangguan tidur seperti insomnia dan gangguan perilaku iaitu hiperaktif juga anxiety (kecelaruan keresahan).

Dalam perkembangan lain, ibu kepada bayi perempuan yang dikesan positif dadah dibebaskan dengan jaminan polis pada Khamis lalu.

Razlam berkata jaminan diberikan kepada wanita berusia 22 tahun itu atas faktor anaknya yang masih memerlukan penjagaan ibu. –The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *