Antarabangsa
Nouhaila Benzina lakar sejarah pemain pertama berhijab di Piala Dunia Wanita
Nouhaila Benzina dari Maghribi bakal mencipta sejarah di Piala Dunia Wanita sebagai atlet berhijab pertama bagi kejohanan terkemuka itu.
- Nouhaila Benzina dari Maghribi bakal mencipta sejarah di Piala Dunia Wanita sebagai atlet berhijab pertama bagi kejohanan terkemuka itu.
- Nouhaila akan menjadi wanita berhijab pertama bertanding di Piala Dunia Wanita apabila Maghribi memulakan kempen mereka menentang Jerman pada 24 Julai depan.
- Pemain berusia 25 tahun itu akan mewakili Atlas Lionesses di pentas terbesar dunia semasa kempen Piala Dunia sulung mereka akan datang.
Nouhaila Benzina dari Maghribi bakal mencipta sejarah di Piala Dunia Wanita sebagai atlet berhijab pertama bagi kejohanan terkemuka itu.
Nouhaila akan menjadi wanita berhijab pertama bertanding di Piala Dunia Wanita apabila Maghribi memulakan kempen mereka menentang Jerman pada 24 Julai depan.
Terdapat pemain berhijab lain yang memakai penutup kepala di peringkat junior tetapi Nouhaila membuka jalan kepada atlet senior lain untuk mengikutinya.
Menurut laporan Versus, pemain berusia 25 tahun itu akan mewakili Atlas Lionesses di pentas terbesar dunia semasa kempen Piala Dunia sulung mereka akan datang.
Maghribi mencipta sejarah tahun lalu apabila mereka menjadi negara Afrika Utara dan Arab pertama menyertai perlawanan akhir kejohanan benua, WAFCON, dengan menewaskan juara bertahan 11 kali, Nigeria pada separuh akhir.
Kemenangan itu juga menjamin mereka menjadi negara rantau MENA (Timur Tengah dan Afrika Utara) pertama yang layak ke Piala Dunia Wanita.
Pada tahun 2007, FIFA mengharamkan semua hiasan kepala dan menganggap pakaian itu ‘risiko keselamatan’.
Tujuh tahun kemudian, badan induk itu menarik balik larangan itu tetapi banyak negara dan persekutuan, terutamanya Perancis dan Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF), masih mengecualikan pemain berhijab daripada menyertai sukan itu.
Dua minggu lalu, mahkamah pentadbiran tertinggi Perancis mengekalkan larangan FFF terhadap pemain memakai hijab semasa perlawanan bola sepak, menganggap peraturan itu “sesuai dan wajar”.
Daripada 736 pemain, Nouhaila akan menjadi satu-satunya pemain yang memakai hijab, namun impaknya di luar padang akan dirasai oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia.
Penghormatan turut diberikan kepada Nouhaila kerana menunjukkan ketaatan kepada kepercayaan, identiti dan cintanya terhadap bola sepak.
Sumber: Versus