Connect with us

Antarabangsa

Badan Kehakiman Iran, Presiden akan kuatkuasa peraturan hijab tanpa undang-undang baharu

Ketua badan kehakiman Iran mendesak untuk mengetepikan kelulusan Parlimen pada rang undang-undang hijab yang akan datang.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Badan Kehakiman Iran, Presiden akan kuatkuasa peraturan hijab tanpa undang-undang baharu
Foto: Ketua badan kehakiman Iran, Gholamhossein Mohseni Ejei.
  • Ketua badan kehakiman Iran mendesak untuk mengetepikan kelulusan Parlimen pada rang undang-undang hijab yang akan datang.
  • Gholamhossein Mohseni Ejei berkata terdapat undang-undang untuk menghadapi ‘anomali sosial dan manifestasinya’, yang boleh dielakkan Parlimen.
  • Menurut laporan Iran International, Gholamhossein membuat kenyataan itu pada Isnin semasa pertemuan dengan Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang menyambut baik cadangan itu.
  • Pada Julai 2022, selepas beberapa minggu tindakan keras di jalanan, Presiden Ebrahim Raisi mengarahkan semua entiti kerajaan melaksanakan dengan tegas undang-undang “kesucian dan hijab” diluluskan Majlis Revolusi Kebudayaan Tertinggi di bawah pimpinan tegas Mahmoud Ahmadinejad pada 2005.

Ketua badan kehakiman Iran mendesak untuk mengetepikan kelulusan Parlimen pada rang undang-undang hijab yang akan datang.

Gholamhossein Mohseni Ejei berkata terdapat undang-undang untuk menghadapi ‘anomali sosial dan manifestasinya’ yang boleh dielakkan Parlimen.

Menurut laporan Iran International, Gholamhossein membuat kenyataan itu pada Isnin semasa pertemuan dengan Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang menyambut baik cadangan itu.

Mengesahkan hasrat untuk mengatasi kuasa Parlimen, Ketua Pertubuhan Pemeriksaan Am Iran, Zabihollah Khodaian juga mendakwa dalam mesyuarat itu, “bahawa undang-undang sedia ada telah menyatakan bahawa menentang peraturan hijab di khalayak ramai dan di jalan raya adalah satu jenayah”. 

Beliau menyeru pegawai kehakiman tidak menunggu perintah dalam menangani isu pemakaian hijab dan “menunaikan tugas mereka”.

Pada Julai 2022, selepas beberapa minggu tindakan keras di jalanan, Presiden Ebrahim Raisi mengarahkan semua entiti kerajaan melaksanakan dengan tegas undang-undang “kesucian dan hijab” diluluskan Majlis Revolusi Kebudayaan Tertinggi di bawah pimpinan tegas Mahmoud Ahmadinejad pada 2005.

Tidak lama selepas itu, kematian Mahsa Amini yang berusia 22 tahun dalam tahanan penguat kuasa hijab menyemarakkan bantahan yang merebak ke seluruh negara.

Sejak Mac lalu, kelompok ‘hardliners’ cuba untuk menamatkan penentangan wanita yang semakin meningkat terhadap peraturan hijab wajib.

Terdahulu, media Iran menerbitkan versi terakhir rang undang-undang tudung baharu yang disediakan bersama oleh badan kehakiman dan kerajaan. 

Walau bagaimanapun, draf itu dikritik hebat penyokong tegar yang melihat hukumannya “terlalu lembut” dan dikhuatiri menghalang wanita daripada mematuhi pemakaian hijab wajib.

Rang undang-undang itu antara lain memasukkan peruntukan terhadap “sesiapa sahaja” selain daripada entiti diberi kuasa, yang berhadapan dengan rakyat di khalayak ramai dan menggunakan keganasan dan ancaman terhadap wanita tidak berhijab.

Sumber: Iran International

Author