Connect with us

Antarabangsa

Ketua Pengawal Revolusi Iran beri amaran rancangan AS mudarat keselamatan umat Islam

Komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) menegaskan keperluan berwaspada menghadapi rancangan didalangi Amerika Syarikat (AS), Zionis dan sekutu mereka untuk mengganggu ketenangan dan keselamatan negara-negara Islam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Ketua Pengawal Revolusi Iran beri amaran rancangan AS mudarat keselamatan umat Islam
Foto: Mejar Jeneral Hossein Salami.
  • Komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) menegaskan keperluan berwaspada menghadapi rancangan didalangi Amerika Syarikat (AS), Zionis dan sekutu mereka untuk mengganggu ketenangan dan keselamatan negara-negara Islam.
  • Apa dikejar musuh di negara-negara Islam adalah mewujudkan kemiskinan, mengganggu perdagangan, mengganggu keselamatan dan menjadikan wanita balu dan anak-anak yatim, kata Mejar Jeneral Hossein Salami dipetik agensi berita Tasnim pada perhimpunan tentera di barat laut Iran, 26 Jun lalu.
  • Selain itu, musuh juga membuat rancangan untuk mengganggu keamanan dan ketenangan di negara-negara Islam kerana wilayah Islam adalah sumber kekayaan, rahmat, ekonomi, budaya, agama, kebebasan, keadilan dan maruah manusia, katanya.

TEHRAN – Komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) menegaskan keperluan berwaspada menghadapi rancangan didalangi Amerika Syarikat (AS), Zionis dan sekutu mereka untuk mengganggu ketenangan dan keselamatan negara-negara Islam.

Apa dikejar musuh di negara-negara Islam adalah mewujudkan kemiskinan, mengganggu perdagangan, mengganggu keselamatan dan menjadikan wanita balu dan anak-anak yatim, kata Mejar Jeneral Hossein Salami dipetik agensi berita Tasnim pada perhimpunan tentera di barat laut Iran, 26 Jun lalu.

Menunding kepada komplot dan hasutan dilakukan musuh Iran terhadap Republik Islam sejak 44 tahun lalu, jeneral itu berkata bandar-bandar Syria adalah contoh apa yang musuh ingin wujudkan di Iran.

Selain itu, musuh juga membuat rancangan untuk mengganggu keamanan dan ketenangan di negara-negara Islam kerana wilayah Islam adalah sumber kekayaan, rahmat, ekonomi, budaya, agama, kebebasan, keadilan dan maruah manusia, katanya.

Komander IRGC itu juga menyatakan beberapa plot bermusuhan lain, termasuklah menjejaskan kestabilan negara Islam, melancarkan peperangan media, menggunakan berita palsu, menyebarkan khabar angin dan mengubah insiden biasa menjadi krisis.

Hossein berkata AS, Zionisme dan sekutu mereka cuba menggerakkan rizab politik dan strategik dan menggunakan bakat mereka yang memecahbelahkan untuk mencetuskan ketidakamanan di negara-negara Islam, membahagi-bahagikan orang Islam dan menjadikan mereka mundur.

Beliau turut memuji pasukan IRGC kerana menangkis musuh dan sentiasa menang melawan musuh yang tidak pernah berani melanggar sempadan Iran.

Dalam ucapan pada bulan April lalu, Pemimpin Revolusi Islam, Ayatollah Seyed Ali Khamenei menggariskan perkembangan politik dunia sedang mengalami transformasi pesat sambil melemahkan musuh Republik Islam pada masa yang sama.

“AS mengumumkan mereka merancang mewujudkan barisan Arab bersatu menentang Iran, tetapi apa yang berlaku hari ini adalah bertentangan dengan apa yang dimaksudkan itu. 

“Hubungan dunia Arab dengan Iran semakin meningkat. Tambahan pula, AS mahu menamatkan program nuklear mengikut rancangannya sendiri, melalui tekanan dan sekatan politik, tetapi mereka gagal,” kata pemimpin itu.

Sumber: TNA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *