Connect with us

Terkini

(VIDEO) Shopee sekat penjual jual patung seks berbentuk kanak-kanak

Platform e-dagang, Shopee menegaskan pihaknya sudah mengambil tindakan terhadap beberapa iklan yang dilaporkan menjual patung seks menyerupai kanak-kanak.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

(VIDEO) Shopee sekat penjual jual patung seks berbentuk kanak-kanak
Foto: Gambar beberapa iklan yang dilaporkan menjual patung seks menyerupai kanak-kanak di Shopee.
  • Platform e-dagang, Shopee menegaskan pihaknya sudah mengambil tindakan terhadap beberapa iklan dilaporkan menjual patung seks menyerupai kanak-kanak.
  • Jurucakap Shopee berkata, pihaknya juga sudah menyekat sepenuhnya akaun penjual yang berkaitan secara kekal. 
  • “Jenis kandungan yang menjijikkan ini tidak mempunyai tempat di platform kami dan kami sedang menjalankan semakan menyeluruh untuk memastikan pengguna kami dilindungi daripada penyenaraian sedemikian. Kami juga sedang menyiasat penjual yang terbabit.”
  • “Malah, kami tidak bertolak ansur untuk sebarang bentuk penjualan barangan yang menyinggung perasaan di platform kami,” katanya.
  • Patung seks termasuk berpakaian seragam sekolah dan dijual pada harga ribuan ringgit itu didedahkan pengguna Twitter menggunakan nama Masitah, sebelum tular di media sosial.
  • Semakan mendapati penjualan produk seks berkenaan berlaku di Malaysia dan perniagaan berpusat di Lembah Klang.

KUALA LUMPUR: Platform e-dagang, Shopee menegaskan pihaknya sudah mengambil tindakan terhadap beberapa iklan yang dilaporkan menjual patung seks menyerupai kanak-kanak.

Jurucakap Shopee berkata, pihaknya dengan segera sudah mengeluarkan penjual tersenarai berkenaan daripada platform Shopee sebaik sahaja menyedari perkara terbabit.

Menurutnya, pihaknya juga sudah menyekat sepenuhnya akaun penjual yang berkaitan secara kekal.

“Jenis kandungan yang menjijikkan ini tidak mempunyai tempat di platform kami dan kami sedang menjalankan semakan menyeluruh untuk memastikan pengguna kami dilindungi daripada penyenaraian sedemikian.

“Kami juga sedang menyiasat penjual yang terbabit. Di Shopee, kami komited untuk menyediakan semua pengguna kami pengalaman membeli-belah yang selamat, boleh dipercayai dan menyeronokkan.

“Malah, kami tidak bertolak ansur untuk sebarang bentuk penjualan barangan yang menyinggung perasaan di platform kami,” katanya.

Platform e-dagang itu juga menasihatkan orang ramai untuk memfailkan aduan sekiranya mereka menemui penjual atau produk yang disenaraikan di platform yang tidak mematuhi dasarnya.

“Kami memerlukan penjual kami untuk mematuhi dasar sedia ada di Shopee serta peraturan kerajaan tempatan dan kami tidak berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap penjual yang tidak mematuhinya,” katanya.

Kelmarin, Harian Metro melaporkan mengenai aktiviti penjualan pelbagai jenis patung seks berbentuk kanak-kanak di platform e-dagang.

Patung seks termasuk yang berpakaian seragam sekolah dan dijual pada harga ribuan ringgit itu didedahkan oleh pengguna Twitter menggunakan nama Masitah, sebelum tular di media sosial.

Malah, semakan mendapati penjualan produk seks berkenaan berlaku di Malaysia dan perniagaan berpusat di Lembah Klang.

Sumber: Harian Metro

Author