Antarabangsa
Selepas lebih 50 jam serangan rejim zionis, gencatan senjata dicapai di Gaza
Selepas lebih dua hari serangan rejim zionis ke atas Gaza, akhirnya gencatan senjata dicapai antara Israel dan kumpulan Islamic Jihad di wilayah terkepung itu.

- Gencatan senjata dicapai di Gaza berkuatkuasa 11.30 malam semalam waktu tempatan.
- Mesir bertindak sebagai orang tengah dalam perjanjian damai antara Israel dan kumpulan Islamic Jihad.
- Dianggarkan 44 orang awam pejuang Islam terbunuh dalam serangan yang didakwa rejim Israel sebagai serangan “pre-emptive”.
- Syarat-syarat gencatan senjata di Gaza itu masih belum didedahkan kepada umum.
BAITULMAQDIS – Selepas lebih dua hari serangan rejim zionis ke atas Gaza, akhirnya gencatan senjata dicapai antara Israel dan kumpulan Islamic Jihad di wilayah terkepung itu.
Gencatan senjata itu berkuatkuasa jam 11.30 malam waktu Gaza semalam.
Agensi berita antarabangsa CNN melaporkan Mesir menjadi orang tengah dalam gencatan senjata/ perjanjian damai itu.
Pengumuman gencatan senjata itu dibuat kira-kira 50 jam selepas serangan dilancarkan rejim Israel yang disasarkan kepada sasaran Islamic Jihad di Gaza.
Dianggarkan 44 orang awam dan pejuang Islam terbunuh dalam serangan yang didakwa sebagai serangan “pre-emptive” itu.
Pegawai Palestin memaklumkan 15 daripada yang terkorban adalah kanak-kanak.
Setakat ini, syarat-syarat gencatan senjata di Gaza itu masih belum didedahkan kepada umum.
Menurut laporan berita dari Mesir, Kaherah sedang mengusahakan pembebasan Islamic Jihad yang ditahan Israel enam hari lalu susulan perjanjian damai itu.
Mereka juga memindahkan seorang tahanan Palestin yang mogok lapar dari penjara Israel ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Sumber: CNN

You must be logged in to post a comment Login