Antarabangsa
Penduduk Israel mengamuk, bakar kereta milik rakyat Palestin
Penduduk negara haram, Israel terus mengamuk dengan membakar kenderaan dan bangunan yang dimiliki rakyat Palestin Rabu lalu sebagai tindak balas ke aras pembunuhan empat warganya oleh Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) berhampiran kawasan perumahan.
- Penduduk negara haram, Israel terus mengamuk dengan membakar kenderaan dan bangunan yang dimiliki rakyat Palestin Rabu lalu sebagai tindak balas ke aras pembunuhan empat warganya oleh Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) berhampiran kawasan perumahan.
- Menurut Pegawai Kesihatan Palestin, seorang rakyat Palestin terkoban dalam serangan itu.
- Sementara di Turmus Ayya, kawasan perumahan berhampiran Ramallah yang terkenal dengan penduduk Palestin yang kaya telah menyebabkan beberapa kereta dibakar sehingga kepulan asap memenuhi ruang udara.
- Pengerusi Majlis Kampung Al-Lubban Al-Sharqeya, Yaqoub Oweis berkata, tentera dan polis Israel membuat kawalan di kawasan berkenaan ketika sekumpulan besar peneroka haram Yahudi membakar stesen minyak, kebun, kilang simen dan puluhan kereta milik rakyat Palestin.
TEBING BARAT – Penduduk negara haram, Israel terus mengamuk dengan membakar kenderaan dan bangunan yang dimiliki rakyat Palestin Rabu lalu sebagai tindak balas ke aras pembunuhan empat warganya oleh Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) berhampiran kawasan perumahan.
Menurut Pegawai Kesihatan Palestin, seorang rakyat Palestin terkoban dalam serangan itu.
Sementara di Turmus Ayya, kawasan perumahan berhampiran Ramallah yang terkenal dengan penduduk Palestin yang kaya telah menyebabkan beberapa kereta dibakar sehingga kepulan asap memenuhi ruang udara.
Pengerusi Majlis Kampung Al-Lubban Al-Sharqeya, Yaqoub Oweis berkata, tentera dan polis Israel membuat kawalan di kawasan berkenaan ketika sekumpulan besar peneroka haram Yahudi membakar stesen minyak, kebun, kilang simen dan puluhan kereta milik rakyat Palestin.
“Serangan itu tidak pernah berlaku sebelum ini. Terdapat tembakan yang kuat tetapi kami tidak dapat membezakan sama ada ia datang daripada peneroka atau tentera kerana keadaan terlalu gelap.
“Serangan juga dilaporkan berlaku di bandar dan kampung Tebing Barat yang lain,” katanya.
Bagaimanapun sehingga kini rejim Zionis itu tidak mengaku bertnaggungjawab ke atas serangan berkenaan.
Terdahulu, sebelum serangan, dua lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah restoran tepi jalan dan stesen minyak berhampiran dengan penempatan Eli, mengorbankan empat orang Israel, ia merupakan tindak balas terhadap operasi besar Israel bandar Jenin, Isnin lalu.
Sumber: Ismaweb