Connect with us

Terkini

Telegram jalin kerjasama dengan MCMC, PDRM bendung jenayah siber – Fahmi

Telegram sedia menjalinkan hubungan kerja lebih erat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membendung jenayah siber.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Telegram jalin kerjasama dengan MCMC, PDRM bendung jenayah siber – Fahmi
Foto: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil (tengah).
  • Telegram sedia menjalinkan hubungan kerja lebih erat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membendung jenayah siber.
  • Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata komitmen itu dinyatakan selepas Telegram mengadakan pertemuan dengan beliau di Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini semalam.
  • “Dalam mesyuarat selama sejam itu, saya telah menegaskan bahawa terlalu banyak kes jenayah seperti penipuan pelaburan palsu, pedofilia, pornografi dan jenayah dalam talian lain berlaku di (dalam aplikasi) Telegram.
  • “Kami juga telah menyampaikan pandangan tegas berhubung peri penting Telegram dan mana-mana aplikasi pemesejan atau media sosial untuk sentiasa akur dan patuh kepada undang-undang Malaysia,” katanya dalam kenyataan semalam.
  • Pada 7 Jun lepas, Kementerian Komunikasi dan Digital menggesa Telegram mengadakan pertemuan dengan MCMC dalam masa terdekat bagi mengelak tindakan berhubung beberapa isu keselamatan siber.

KUALA LUMPUR — Telegram sedia menjalinkan hubungan kerja lebih erat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membendung jenayah siber.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata komitmen itu dinyatakan selepas Telegram mengadakan pertemuan dengan beliau di Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini semalam.

Beliau berkata turut hadir dalam pertemuan itu ialah Pengerusi MCMC Tan Sri Salim Fateh Din, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan beberapa pegawai tertinggi PDRM.

“Dalam mesyuarat selama sejam itu, saya telah menegaskan bahawa terlalu banyak kes jenayah seperti penipuan pelaburan palsu, pedofilia, pornografi dan jenayah dalam talian lain berlaku di (dalam aplikasi) Telegram.

“Kami juga telah menyampaikan pandangan tegas berhubung peri penting Telegram dan mana-mana aplikasi pemesejan atau media sosial untuk sentiasa akur dan patuh kepada undang-undang Malaysia,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sementara itu Fahmi berkata sejak Januari 2020 hingga Mei 2023, jumlah kerugian yang ditanggung rakyat Malaysia akibat pelbagai aktiviti penipuan menerusi Telegram telah mencecah RM45 juta, justeru kerajaan tidak akan berdiam diri dan membenarkan penjenayah berselindung di sebalik identiti palsu.

“Insya-Allah, pertemuan hari ini (semalam) adalah permulaan yang baik dalam kerjasama rentas agensi bagi memastikan Telegram akan lebih selamat untuk digunakan,” katanya.

Pada 7 Jun lepas, Kementerian Komunikasi dan Digital menggesa Telegram mengadakan pertemuan dengan MCMC dalam masa terdekat bagi mengelak tindakan berhubung beberapa isu keselamatan siber.

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *