Terkini
Permohonan sijil halal dalam kalangan Bumiputera meningkat – Menteri Agama
Permohonan persijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menunjukkan trend peningkatan dalam kalangan usahawan bumiputera sepanjang tiga tahun bermula tahun 2021.
- Permohonan persijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menunjukkan trend peningkatan dalam kalangan usahawan bumiputera sepanjang tiga tahun bermula tahun 2021.
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata statistik permohonan bagi bumiputera yang diperolehi JAKIM merekodkan sebanyak 1,500 permohonan pada 2021 manakala tahun 2022 (1,700) dan tahun ini, setakat Jun 1,000 permohonan.
- “Kenaikan itu adalah berikutan peranan yang telah dimainkan oleh pihak JAKIM untuk menggalakkan pemain industri dalam kalangan bumiputera terutama yang beragama Islam, untuk memohon sijil berkenaan.
- “Hakikatnya memang ramai pemain industri adalah mereka yang bukan bumiputera, sebab itu permohonan sijil halal itu dipelopori mereka yang bukan beragama Islam,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada Rumah Perlindungan Al-Fattah di sini semalam.
SEMENYIH – Permohonan persijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menunjukkan trend peningkatan dalam kalangan usahawan bumiputera sepanjang tiga tahun bermula tahun 2021.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata statistik permohonan bagi bumiputera yang diperolehi JAKIM merekodkan sebanyak 1,500 permohonan pada 2021 manakala tahun 2022 (1,700) dan tahun ini, setakat Jun 1,000 permohonan.
“Kenaikan itu adalah berikutan peranan yang telah dimainkan oleh pihak JAKIM untuk menggalakkan pemain industri dalam kalangan bumiputera terutama yang beragama Islam, untuk memohon sijil berkenaan.
“Hakikatnya memang ramai pemain industri adalah mereka yang bukan bumiputera, sebab itu permohonan sijil halal itu dipelopori mereka yang bukan beragama Islam,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada Rumah Perlindungan Al-Fattah di sini semalam.
Sementara itu bantuan RM100,000 telah disalurkan melalui Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi membantu menjelaskan baki bayaran pembelian rumah penghuni warga emas berkenaan.
Hadir sama pada majlis sumbangan itu adalah Ahli Dewan Negara Senator Datuk Ras Adiba Radzi dan Ahli Parlimen Hulu Langat Mohd Sany Hamzan.
Mohd Na’ím berkata sumbangan itu adalah susulan lawatan mengejut yang dilakukan bersama Ras Adiba ekoran daripada masalah yang dihadapi penghuni rumah terbabit yang berdepan dengan masalah kekurangan dana pada 2 Jun lepas.
“Dalam pertemuan sebelum ini saya dimaklumkan oleh Presiden Al Fattah, Mohammad Azlan beliau terpaksa menjual kereta miliknya bagi membayar deposit rumah itu sebanyak RM60,000.
Baki bayaran sebanyak RM100,000 perlu dijelaskan sebelum hujung Jun bagi mengelak penghuni warga emas seramai 22 orang itu kehilangan tempat tinggal,” katanya. – BERNAMA
Sumber: Bernama