Connect with us

Antarabangsa

40 hari hilang di Amazon, empat beradik mangsa nahas pesawat ditemui selamat

Empat beradik yang dilaporkan hilang selepas pesawat dinaiki mereka terhempas di hutan Amazon lebih sebulan lalu ditemui selamat oleh tentera Colombia pada Jumaat lepas.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

40 hari hilang di Amazon, empat beradik mangsa nahas pesawat ditemui selamat
Foto: Pasukan mencari dan menyelamat bersama empat beradik hilang selama 40 hari di hutan Amazon Colombia.
  • Empat beradik yang hilang selepas pesawat dinaiki mereka terhempas di hutan Amazon lebih sebulan lalu ditemui selamat oleh tentera Colombia pada Jumaat lepas.
  • Mereka ditemui berdekatan sempadan daerah Guaviare dan Caqueta, tidak jauh dari lokasi pesawat Cessna itu terhempas akibat kegagalan enjin pada 1 Mei lalu yang mengorbankan juruterbang dan Ibu bapa kanak-kanak tersebut.
  • Kanak-kanak suku Huitoto yang berumur 13 tahun, sembilan tahun, empat tahun dan 12 bulan itu bertahan di dalam hutan Amazon selama hampir enam minggu.
  • Tentera Colombia mengumumkan penemuan mereka menerusi Twitter pada Jumaat malam dengan berkongsi imej pasukan penyelamat bersama mereka berempat.
  • Misi menyelamat kanak-kanak itu melibatkan sekurang-kurangnya 150 tentera Colombia, termasuk beberapa pesawat tentera serta helikopter.

Empat beradik yang dilaporkan hilang selepas pesawat dinaiki mereka terhempas di hutan Amazon lebih sebulan lalu ditemui selamat oleh tentera Colombia pada Jumaat lepas.

Mereka ditemui berdekatan sempadan daerah Guaviare dan Caqueta, tidak jauh dari lokasi pesawat Cessna itu terhempas akibat kegagalan enjin pada 1 Mei lalu yang mengorbankan juruterbang dan Ibu bapa kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak suku Huitoto yang berumur 13 tahun, sembilan tahun, empat tahun dan 12 bulan itu bertahan di dalam hutan Amazon selama hampir enam minggu, lapor RT.

Dua beradik tertua daripada keempat mereka dikatakan memiliki kemahiran kelangsungan hidup di dalam hutan.

Tentera Colombia mengumumkan penemuan mereka menerusi Twitter pada Jumaat malam dengan berkongsi imej pasukan penyelamat bersama mereka berempat.

Keadaan kesihatan mereka tidak dapat dipastikan sepenuhnya tetapi Presiden Colombia memberitahu wartawan bahawa kanak-kanak terbabit ditemui dalam keadaan “lemah” tetapi diberikan perhatian kesihatan sewajarnya.

Misi menyelamat kanak-kanak itu melibatkan sekurang-kurangnya 150 tentera Colombia, termasuk beberapa pesawat tentera serta helikopter.

Selain menjatuhkan makanan di tempat yang dipercayai kanak-kanak itu berlegar dan penyalaan suar malam, pasukan penyelamat juga memainkan suara nenek kanak-kanak tersebut untuk menarik perhatian mereka sewaktu misi mencari masih berjalan.

Sumber: RT

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *