Connect with us

Antarabangsa

Menang saman diskriminasi, banduan lelaki transgender dihantar ke penjara wanita

Seorang banduan lelaki transgender ‘berjaya’ mencapai hasratnya dihantar ke penjara wanita selepas menyaman Minnesota Department of Correction (DOC) atas alasan “diskriminasi”.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Menang saman diskriminasi, banduan lelaki transgender dihantar ke penjara wanita
Foto: Christina Lusk.
  • Seorang banduan lelaki transgender ‘berjaya’ mencapai hasratnya dihantar ke penjara wanita selepas menyaman Minnesota Department of Correction (DOC) atas alasan “diskriminasi”.
  • Kes itu merupakan yang pertama seumpamanya berlaku dalam sejarah negeri di Amerika Syarikat (AS) itu.
  • Craig atau nama transnya, Christina Lusk memfailkan saman diskriminasi pada Jun 2022 terhadap DOC.
  • Dalam tuntutan mahkamahnya, banduan trans itu mendakwa digelar dengan menggunakan “jantina bukan pilihannya” serta “diganggu” ketika ditahan di Moose Lake, sebuah pusat tahanan lelaki.

Seorang banduan lelaki transgender ‘berjaya’ mencapai hasratnya dihantar ke penjara wanita selepas menyaman Minnesota Department of Correction (DOC) atas alasan “diskriminasi”.

Kes itu merupakan yang pertama seumpamanya berlaku dalam sejarah negeri di Amerika Syarikat (AS) itu.

Craig atau nama transnya, Christina Lusk memfailkan saman diskriminasi pada Jun 2022 terhadap DOC.

Dalam pemfailan tuntutan mahkamahnya itu, dia mendakwa digelar dengan menggunakan “jantina bukan pilihannya” serta “diganggu” ketika ditahan di Moose Lake, sebuah pusat tahanan lelaki.

Pada 1 Jun lalu, DOC yang mencapai satu penyelesaian luar mahkamah bertindak menghantar Craig ke satu-satunya penjara wanita di Minnesota dan memberinya banduan trans itu pampasan $495,000.

Sepanjang pengasingan itu juga Craig mendakwa diganggu pegawai penjara yang “menjeling” dadanya dan memberikannya pakaian dalam lelaki.

Memetik laporan Reduxx, Craig mula ditahan pada 2019 atas tuduhan memiliki dadah selepas didapati bersama sejumlah besar dadah kokain dan methamphetamine serta peralatan digunakan dalam pengendalian dadah.

Selain Craig, Minnesota juga menempatkan banduan transgender terkenal iaitu Michael Hari, kini dikenali sebagai Emily Claire Hari, yang pernah mengebom sebuah masjid pada 2017.

Sumber: Reduxx, Minnesota Department of Correction

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *