Connect with us

Terkini

KPM benarkan semula kokurikulum, aktiviti luar

Kementerian Pelajaran (KPM)  membenarkan semula pelaksanaan aktiviti luar setelah penangguhan dibuat disebabkan cuaca panas sebelum ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Pelajaran (KPM)  membenarkan semula pelaksanaan aktiviti luar setelah penangguhan dibuat disebabkan cuaca panas sebelum ini.
  • Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Norisah Suhaili menerusi surat siaran dan garis panduan yang dikeluarkan berkata, kebenaran tersebut berkuat kuasa pada Selasa lalu.
  • Katanya, mengambil kira situasi terkini, KPM membenarkan semula pelaksanaan aktiviti luar dengan memastikan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru serta anggota kumpulan pelaksana semasa berhadapan dengan fenomena cuaca panas terjamin.
  • 11 garis panduan yang dikeluarkan adalah untuk memastikan agar institusi pendidikan di bawah KPM mengambil langkah dan tindakan sewajarnya terhadap aspek kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid bagi mengurangkan komplikasi cuaca panas. 

PETALING JAYA: Kementerian Pelajaran (KPM)  membenarkan semula pelaksanaan aktiviti luar setelah penangguhan dibuat disebabkan cuaca panas sebelum ini.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Norisah Suhaili menerusi surat siaran dan garis panduan yang dikeluarkan berkata, kebenaran tersebut berkuat kuasa pada Selasa lalu.

Katanya, mengambil kira situasi terkini, KPM membenarkan semula pelaksanaan aktiviti luar dengan memastikan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru serta anggota kumpulan pelaksana semasa berhadapan dengan fenomena cuaca panas terjamin.

Sementara itu, garis panduan yang dikeluarkan adalah untuk memastikan agar institusi pendidikan di bawah KPM mengambil langkah dan tindakan sewajarnya terhadap aspek kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid bagi mengurangkan komplikasi cuaca panas. 

KPM mengeluarkan 11 garis panduan, antaranya memastikan penyertaan murid adalah secara sukarela dan mendapat kebenaran ibu bapa. 

Menggalakkan murid memakai pakaian yang bersesuaian dengan cuaca panas dan berwarna cerah. 

Menyediakan kemudahan penyejukan seperti tempat berlindung di bawah kanopi dan payung serta ais atau tuala basah. 

Selain itu, memastikan murid minum air yang mencukupi sebelum, semasa dan selepas aktiviti dengan menyediakan bekalan air minuman yang mencukupi serta menggalakkan murid membawa air sendiri. 

Membenarkan waktu rehat tambahan semasa aktiviti dan waktu pemulihan yang mencukupi. 

Serta, semua aktiviti yang sedang berlangsung perlu ditangguhkan sekiranya berlakunya peningkatan suhu panas melebihi 35 darjah celcius. 

April lalu, media melaporkan aktiviti luar bilik darjah perlu ditangguhkan jika cuaca terlalu panas sebagai langkah pencegahan menghadapi keadaan cuaca panas atau sebarang keadaan cuaca yang di luar jangkaan.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *