Connect with us

Terkini

PPMM bantu khidmat guaman kes Nur Maisarah

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) bersedia menawarkan bantuan perundangan kepada Aisyah Naadhirah bagi membantu wanita itu dalam proses perundangan kes anaknya, Nur Maisarah Abdullah. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PPMM bantu khidmat guaman kes Nur Maisarah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) bersedia menawarkan bantuan perundangan kepada Aisyah Naadhirah bagi membantu wanita itu dalam proses perundangan kes anaknya, Nur Maisarah Abdullah. 
  • Presiden PPMM, Muhammad Hisham Marzuki berkata pihaknya bersedia membantu Aisyah selepas berbincang dengan wanita itu pada 29 Mei lalu.
  • Mahkamah Tinggi Malaya di Kuantan, Pahang pada 25 Mei lalu memerintahkan kanak-kanak itu diserahkan kepada bapanya menerusi perintah ‘habeas corpus’.

KUALA LUMPUR – Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) bersedia menawarkan bantuan perundangan kepada Aisyah Naadhirah bagi membantu wanita itu dalam proses perundangan kes anaknya, Nur Maisarah Abdullah. 

Presiden PPMM, Muhammad Hisham Marzuki berkata pihaknya bersedia membantu Aisyah selepas berbincang dengan wanita itu pada 29 Mei lalu.

“PPMM komited dan bersedia membantu proses perundangan yang dihadapi oleh Puan Aisyah Naadhirah di Mahkamah-Mahkamah berkaitan melalui barisan peguan PPMM,” katanya dalam kenyataan PPMM disiarkan di laman Facebook semalam.

Hisham turut memaklumkan PPMM telah mengarahkan sebuah firma guaman bagi mengendalikan kes ini bagi pihak Aisyah.

Mahkamah Tinggi Malaya di Kuantan, Pahang pada 25 Mei lalu memerintahkan kanak-kanak itu diserahkan kepada bapanya menerusi perintah ‘habeas corpus’. – The Merdeka Times

Sumber: Facebook Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *