Connect with us

Terkini

Hukuman kesalahan syariah tidak lagi terikat denda, penjara

Hukuman terhadap kesalahan syariah tidak lagi hanya terikat kepada denda dan penjara, malah diperluas kepada bentuk hukuman alternatif seperti pelaksanaan kerja sosial.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Hukuman kesalahan syariah tidak lagi terikat denda, penjara
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Hukuman terhadap kesalahan syariah tidak lagi hanya terikat kepada denda dan penjara, malah diperluas kepada bentuk hukuman alternatif seperti pelaksanaan kerja sosial.
  • Ia antara syor penambahbaikan aspek hukuman yang dikemukakan Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah (JKMMS), dalam usaha meningkatkan dan memartabatkan Mahkamah Syariah secara menyeluruh.
  • “Dalam hal ini, satu Garis Panduan Perintah Kehadiran Wajib Bagi Pesalah Syariah sudah pun disediakan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada September 2021 sebagai rujukan bersama mahkamah Syariah negeri-negeri dan Jabatan Penjara,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

KUALA LUMPUR: Hukuman terhadap kesalahan syariah tidak lagi hanya terikat kepada denda dan penjara, malah diperluas kepada bentuk hukuman alternatif seperti pelaksanaan kerja sosial.

Ia antara syor penambahbaikan aspek hukuman yang dikemukakan Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah (JKMMS), dalam usaha meningkatkan dan memartabatkan Mahkamah Syariah secara menyeluruh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar, berkata pelaksanaan hukuman alternatif yang kini dalam proses penelitian pihaknya itu, akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Penjara melalui Akta Perintah Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 (Akta 461).

“Dalam hal ini, satu Garis Panduan Perintah Kehadiran Wajib Bagi Pesalah Syariah sudah pun disediakan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada September 2021 sebagai rujukan bersama mahkamah Syariah negeri-negeri dan Jabatan Penjara,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) mengenai usaha memartabatkan pentadbiran Mahkamah Syariah yang menyeluruh, termasuklah dari segi hukuman kesalahan jenayah syariah dan pelantikan hakim syarie.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *