Connect with us

Terkini

Alasan urut lutut luka, Guru tuisyen Matematik cabul gadis bawah umur

Seorang guru tuisyen mencabul gadis berusia 15 tahun dengan memasukkan tangannya ke dalam pakaian dan menyentuh payudara mangsa. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Adam Tan

Published

on

Alasan urut lutut luka, Guru tuisyen Matematik cabul gadis bawah umur
Foto: Dokumen laporan polis yang dilampirkan di hantaran Facebook.
  • Seorang guru tuisyen mencabul gadis berusia 15 tahun dengan memasukkan tangannya ke dalam pakaian dan menyentuh payudara mangsa, lapor China Press.
  • Dia menggunakan alasan mengurut luka di lutut sebelum menyentuh bahagian sulit mangsa.
  • Insiden itu terdedah apabila saudara mangsa membuat hantaran di Facebook untuk memberi amaran kepada masyarakat. 
  • Pada malam 17 Mei lalu, guru yang mengajar subjek Matematik itu mengajak mangsa berbaring di atas katil dengan alasan mengurut lutut luka akibat jatuh di sekolah sebelum mencabul mangsa.
  • Polis mengesahkan kes itu dan telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman.

Kuala Lumpur – Seorang guru tuisyen mencabul gadis berusia 15 tahun dengan memasukkan tangannya ke dalam pakaian dan menyentuh payudara mangsa. 

Guru yang mengajar subjek Matematik itu kemudiannya memegang bahagian sulit gadis malang itu dengan alasan mengurut tempat luka.

Menurut China Press, insiden itu terdedah apabila saudara mangsa membuat hantaran di Facebook untuk memberi amaran kepada masyarakat. 

Bagaimanapun, beberapa hantaran itu disekat Facebook kerana disyaki terdapat pihak yang sengaja melaporkan hantaran itu kepada platform media sosial terbabit.

Foto 1: Hantaran di Facebook yang mendedahkan kes ini.

Menurut hantaran itu, gadis berusia 15 tahun tersebut mengadu, pada awal tahun ini, guru tersebut sering bertanyakan sama ada dia tidak sihat apabila ketiadaan pelajar lain.

Kemudian dia akan mengambil kesempatan untuk memasukkan tangannya ke dalam pakaiannya lalu menyentuh payudara mangsa.

Pada malam 17 Mei lalu, guru tersebut didakwa mengajak gadis itu berbaring di atas katil dengan alasan mengurut lutut yang luka akibat jatuh di sekolah.

Dia kemudiannya menyapu ubat  di bahagian lutut gadis itu dan mengurut bahagian dalam paha sebelum memegang bahagian sulit mangsa.

Selepas kejadian itu, guru terbabit meneruskan kelas bersama mangsa seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Foto 2: Dokumen laporan polis yang dilampirkan di hantaran Facebook.

Hantaran di FB itu juga turut dilampirkan dengan dokumen laporan polis. 

China Press melaporkan pihak polis mengesahkan kes itu dan telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman.

Sumber: China Press

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *