Antarabangsa
Menteri Perancis dakwa ‘Keganasan Islam Sunni’ ancaman ke atas Eropah
Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin mendakwa ‘Keganasan Islam Sunni’ adalah ancaman utama kepada Eropah dan dunia.
- Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin mendakwa ‘keganasan Islam sunni’ adalah ancaman utama kepada Eropah dan dunia.
- Menteri autokratik itu dilaporkan berkata demikian dalam lawatannya ke Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu dalam usaha menggesa negara kuasa besar itu “menguatkan kerjasama Perancis-Amerika untuk menentang keganasan” sebelum Sukan Olimpik Paris pada 2024.
- “Kami datang untuk mengingatkan mereka (Amerika) bahawa bagi orang Eropah dan Perancis risiko utama adalah keganasan Islam Sunni dan kerjasama anti-pengganas antara perkhidmatan perisikan adalah sangat penting,” kata Gerald.
Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin mendakwa ‘Keganasan Islam Sunni’ adalah ancaman utama kepada Eropah dan dunia.
Menteri autokratik itu dilaporkan berkata demikian dalam lawatannya ke Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu dalam usaha menggesa AS untuk “menguatkan kerjasama Perancis-Amerika menentang keganasan” sebelum Sukan Olimpik Paris pada 2024.
“Kami datang untuk mengingatkan mereka (Amerika) bahawa bagi orang Eropah dan Perancis risiko utama adalah keganasan Islam Sunni dan kerjasama anti-pengganas antara perkhidmatan perisikan adalah sangat penting,” katanya dipetik dalam laporan The New Arab.
Gerald disifatkan sebagai ‘autoritarian’ dalam pendekatannya terhadap undang-undang dan ketenteraman di Perancis.
Dalam pada itu, Menteri Perancis itu juga dilaporkan bertemu dengan pegawai penguatkuasa undang-undang AS dan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, Alejandro Mayorkas.
Dia turut mengkritik apa yang disebutnya sebagai ‘wawasan AS’ tentang ancaman keselamatan dan tumpuan kepada ketuanan kulit putih dan ahli teori konspirasi serta mendesak AS “tidak melupakan apa yang kelihatan kepada kita sebagai ancaman utama… keganasan Sunni”.
Tanpa menyebut sebarang ancaman khusus, Gerald mengetengahkan apa disebutnya sebagai ‘ancaman eksogen’ kepada Perancis dan Eropah daripada keganasan Islam.
Kenyataan Gerald itu berkemungkinan mencemaskan penduduk Islam di Perancis, kebanyakannya bermazhab Sunni.
Kerajaan Presiden Perancis, Emmanuel Macron dituduh sengaja memupuk Islamofobia dan menganiaya umat Islam atas nama sekularisme dan antiterorisme.
Sebagai menteri dalam negeri, Gerald adalah tokoh penting dalam meluluskan undang-undang ‘anti-separatisme’ 2021, yang diselar aktivis kerana menyasarkan penduduk Islam di negara itu, menyekat kebebasan asas dan menjenayahkan Islam dalam lingkungan masyarakat sivil.
Sumber: The New Arab