Connect with us

Antarabangsa

Ireland perkenal label kesihatan pada botol arak

Ireland bakal menjadi negara pertama di dunia mewajibkan pelabelan kesihatan pada minuman beralkohol/arak untuk memberitahu orang ramai kandungan kalori, gram alkohol, risiko kanser dan penyakit hati serta amaran bahaya arak bagi wanita hamil.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Ireland perkenal label kesihatan pada botol arak
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ireland bakal menjadi negara pertama di dunia yang mewajibkan pelabelan kesihatan pada minuman beralkohol atau arak.
  • Pelabelan kesihatan pada minuman beralkohol memaklumkan orang ramai kandungan kalori, gram alkohol, risiko kanser dan penyakit hati serta amaran bahaya arak bagi wanita hamil.
  • Menteri kesihatan, Stephen Donnelly menandatangani undang-undang itu pada Isnin dan menyatakan harapan agar langkah itu dicontohi negara lain.
  • Menteri Kesihatan Awam, Kesejahteraan dan Strategi Ubat-ubatan Kebangsaan Ireland, Hildegarde Naughton berkata kajian perubatan membuktikan tahap pengambilan alkohol yang rendah tetap menimbulkan risiko kanser.
  • Melalui dasar baharu itu, pembekal minuman beralkohol diwajibkan untuk memaparkan maklumat dan amaran pada pembungkusan produk serta memberi arahan supaya pengguna ke laman web Perkhidmatan Kesihatan Eksekutif Ireland untuk maklumat lanjut berkenaan penggunaan alkohol.
  • Maklumat yang sama juga turut dipaparkan di pub dan premis-premis berlesen.

Ireland bakal menjadi negara pertama di dunia mewajibkan pelabelan kesihatan pada minuman beralkohol/arak untuk memberitahu orang ramai kandungan kalori, gram alkohol, risiko kanser dan penyakit hati serta amaran bahaya arak bagi wanita hamil.

The Guardian melaporkan Menteri kesihatan, Stephen Donnelly menandatangani undang-undang itu pada Isnin dan menyatakan harapan agar langkah tersebut dicontohi negara-negara lain di masa hadapan, kemungkinan yang meresahkan pengeluar wine Itali dan beberapa negara ahli Kesatuan Eropah (EU) lain.

Undang-undang itu akan berkuat kuasa bermula 22 Mei 2026 untuk memberi masa kepada peniaga menyesuaikan diri dengan dasar yang diadaptasi dari peraturan sedia ada pada produk makanan dan minuman lain, kata Donnelly. 

“Dengan (adanya) maklumat itu, kita mampu membuat keputusan terbaik berkenaan penggunaan alkohol. Pembungkusan produk makanan dan minuman mengandungi maklumat kesihatan dan bila diperlukan, (akan diberikan) juga amaran kesihatan. Undang-undang ini membawa produk alkohol selaras dengan (perkara) itu,” katanya.

Menteri Kesihatan Awam, Kesejahteraan dan Strategi Ubat-ubatan Kebangsaan Ireland, Hildegarde Naughton berkata kajian perubatan membuktikan tahap pengambilan alkohol yang rendah tetap menimbulkan risiko kanser.

Pembekal minuman beralkohol akan diwajibkan untuk memaparkan maklumat dan amaran pada pembungkusan produk serta mengarahkan pengguna ke laman web Perkhidmatan Kesihatan Eksekutif Ireland untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penggunaan alkohol. 

Maklumat yang sama juga akan disediakan di pub dan premis-premis berlesen.

Penggunaan alkohol memuncak pada 2001 dengan purata seorang pengguna meminum 14.3 liter alkohol tulen setahun. 

Walaubagaimanapun, jumlah itu jatuh kepada 10.2 liter, demikian menurut Lembaga Penyelidikan Kesihatan.

Suruhanjaya Eropah tidak membantah rancangan Ireland, disuarakan kerajaannya pada tahun lalu, walaupun menerima bantahan dari Itali, Sepanyol dan enam negara anggota EU lain.

Coldiretti, persatuan petani terbesar di Itali, menyifatkan amaran “mengerikan” itu sebagai satu “serangan”. 

“Lampu hijau daripada Kesatuan Eropah (EU) berkenaan label wain yang menarik perhatian (atau sebagai pemberi amaran) di Ireland merupakan langkah merbahaya yang akan mula membuka pintu perundangan lain yang bakal mempengaruhi pilihan pengguna secara negatif.” 

Rujukan: The Guardian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *