Terkini
Isu Crackhouse Comedy Club: Pemilik kelab dapat izin cabar tindakan senarai hitam perniagaan
Dua pemilik Crackhouse Comedy Club mendapat kebenaran mahkamah untuk meneruskan cabaran undang-undang terhadap langkah pihak berkuasa menyenarai hitam pendaftarkan perniagaan mereka di Kuala Lumpur serta mengembalikan semula lesen perniagaan berkenaan.
- Dua pemilik Crackhouse Comedy Club mendapat kebenaran mahkamah untuk meneruskan cabaran undang-undang terhadap langkah pihak berkuasa menyenarai hitam pendaftarkan perniagaan mereka di Kuala Lumpur serta mengembalikan semula lesen perniagaan berkenaan.
- Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini memberi kebenaran kepada Mohamad Rizal Johan Van Geyzel dan Shankar R Santhiram untuk memulakan semakan kehakiman berhubung senarai hitam dibuat ke atas kelab di Taman Tun Dr Ismail pada pertengahan tahun lalu.
- Untuk rekod kelab berkenaan dikenakan tindakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ekoran insiden seorang pesertanya membuat persembahan yang dianggap menghina Islam.
KUALA LUMPUR – Dua pemilik Crackhouse Comedy Club mendapat kebenaran mahkamah untuk meneruskan cabaran undang-undang terhadap langkah pihak berkuasa menyenarai hitam pendaftarkan perniagaan mereka di Kuala Lumpur serta mengembalikan semula lesen perniagaan berkenaan.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini memberi kebenaran kepada Mohamad Rizal Johan Van Geyzel dan Shankar R Santhiram untuk memulakan semakan kehakiman berhubung senarai hitam dibuat ke atas kelab di Taman Tun Dr Ismail pada pertengahan tahun lalu.
Ketika dihubungi, peguam mereka Sangeet Kaur Deo mengesahkan kebenaran itu diberikan semasa prosiding di hadapan hakim Amarjeet Singh.
Untuk rekod kelab berkenaan dikenakan tindakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ekoran insiden seorang pesertanya membuat persembahan yang dianggap menghina Islam.
Siti Nuramira Abdullah – wanita yang melakukan kontroversi di kelab itu pada 4 Jun 2021 – sudah didenda RM8,000 atas kejadian berkenaan.
Sumber: Malaysiakini