Connect with us

Terkini

Pengasas ABIM meninggal dunia

Pengasas dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pertama Prof Dr Ustaz Razali Nawawi menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.45 pagi Khamis.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pengasas ABIM meninggal dunia
Foto: Allahyarham, Prof Dr Ustaz Razali Nawawi.
  • Pengasas dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pertama Prof Dr Ustaz Razali Nawawi menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.45 pagi Khamis.
  • Pemergian Allahyarham ke rahmahtullah di sebuah hospital swasta di Bandar Baru Bangi, Selangor diumumkan di halaman Facebook rasmi ABIM Pusat. Allahyarham Ustaz Razali berusia 83 tahun.
  • Hantaran itu memaklumkan, jenazah Allahyarham Ustaz Razali akan dimandi, dikafan dan disolatkan di Masjid Al-Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor, pada pukul 10 pagi.
  • Jenazah Allahyarham juga dijangka dikebumikan selepas solat Zohor.

KUALA LUMPUR: Pengasas dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pertama Prof Dr Ustaz Razali Nawawi menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.45 pagi Khamis.

Pemergian Allahyarham ke rahmahtullah di sebuah hospital swasta di Bandar Baru Bangi, Selangor diumumkan di halaman Facebook rasmi ABIM Pusat. Allahyarham Ustaz Razali berusia 83 tahun.

Hantaran itu memaklumkan, jenazah Allahyarham Ustaz Razali akan dimandi, dikafan dan disolatkan di Masjid Al-Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor, pada pukul 10 pagi.

Jenazah Allahyarham juga dijangka dikebumikan selepas solat Zohor.

Pada hujung minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi Allahyarham di kediamannya.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mengiringi Anwar ketika menziarahi Razali yang merupakan rakan karib Perdana Menteri itu.

Allahyarham Ustaz Razali menjadi Presiden ABIM pertama pada 1972 dan telah memperkenalkan sistem usrah sebelum diambil alih oleh Anwar sebagai Presiden ABIM yang kedua pada 1974.

Allahyarham telah memainkan peranan penting dalam membentuk dan memajukan organisasi tersebut, yang terus berjuang untuk kepentingan umat Islam di Malaysia.

Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Dekan Kulliyyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa dari tahun 1983 hingga 1993.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *