Antarabangsa
Krisis kelahiran Itali jejas bilangan pelajar ke sekolah
Populasi pelajar sekolah di Itali dijangka menyusut sebanyak satu juta dalam tempoh 10 tahun akan datang susulan kadar kelahiran yang merudum, kata Menteri Pendidikan Itali.
- Populasi pelajar sekolah di Itali dijangka menyusut sebanyak satu juta dalam tempoh 10 tahun akan datang susulan kadar kelahiran yang merudum, kata Menteri Pendidikan Itali.
- Biro Perangkaan Negara ISTAT, berkata kadar kelahiran di Itali menurun kepada paras terendah dalam sejarah di bawah 400,000 orang pada 2022 dengan populasi keseluruhan berkurangan sebanyak 179,000 kepada 58.85 juta.
- Penduduk semakin berkurangan dan semakin tua adalah kebimbangan utama bagi negara ketiga terbesar di Eropah itu yang membawa kepada kejatuhan produktiviti ekonomi dan kos kebajikan lebih tinggi.
- Kerajaan Perdana Menteri Giorgia Meloni menjadikan isu terbabit sebagai keutamaan sejak mengambil alih kuasa tahun lalu dan berjanji untuk memberikan sokongan kepada rakyatnya untuk meningkatkan kadar kelahiran.
ROME: Populasi pelajar sekolah di Itali dijangka menyusut sebanyak satu juta dalam tempoh 10 tahun akan datang susulan kadar kelahiran yang merudum, kata Menteri Pendidikan Itali.
Biro Perangkaan Negara ISTAT, berkata kadar kelahiran di Itali menurun kepada paras terendah dalam sejarah di bawah 400,000 orang pada 2022 dengan populasi keseluruhan berkurangan sebanyak 179,000 kepada 58.85 juta.
Penduduk semakin berkurangan dan semakin tua adalah kebimbangan utama bagi negara ketiga terbesar di Eropah itu yang membawa kepada kejatuhan produktiviti ekonomi dan kos kebajikan lebih tinggi.
Kerajaan Perdana Menteri Giorgia Meloni menjadikan isu terbabit sebagai keutamaan sejak mengambil alih kuasa tahun lalu dan berjanji untuk memberikan sokongan kepada rakyatnya untuk meningkatkan kadar kelahiran.
Menteri Pendidikan Giuseppe Valditara, berkata bilangan murid akan jatuh kepada enam juta pada sesi akademik 2033 hingga 2034 berbanding 7.4 juta pada 2021.
“Situasi berkenaan membimbangkan,” kata Giuseppe Valditara dalam mesej video di persidangan mengenai krisis berkenaan.
Jelas Valditara, penurunan mendadak jumlah pelajar juga mungkin menyebabkan bilangan guru menurun kepada seramai 558,000 orang pada sesi 2033 hingga 2034.
Kerajaan Itali pada minggu lalu meluluskan pakej buruh dan pengecualian cukai serta faedah sampingan untuk pekerja yang mempunyai anak sehingga maksimum 3,000 euro atau AS$3,300 bagi setiap pekerja pada tahun ini.
Valditara turut menyatakan situasi yang berlaku itu juga adalah akibat daripada golongan profesional rakyat Itali meninggalkan negara itu untuk mencari peluang pekerjaan lebih baik di luar negara.
“Jika trend demografi kekal seperti hari ini, Itali akan berdepan kekurangan sebanyak lima juta orang rakyat yang mana daripada jumlah berkenaan Itali akan kehilangan seramai dua juta orang yang terdiri daripada golongan muda,” katanya.
Sumber: Berita Harian