Connect with us

Terkini

Tiga rakyat Malaysia terkandas di Sudan selamat tiba di KLIA

Tiga rakyat Malaysia yang terkandas di wilayah Al Gaza, Sudan berikutan pertempuran bersenjata di negara itu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Faisal, Jeddah, Arab Saudi jam 4.15 pagi semalam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tiga rakyat Malaysia terkandas di Sudan selamat tiba di KLIA
Foto: Rakyat Malaysia yang terkandas di Sudan, Junaidah (kanan) bersama dua anak selamat tiba di KLIA dari dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Faisal, Jeddah, Arab Saudi.
  • Tiga rakyat Malaysia yang terkandas di wilayah Al Gaza, Sudan berikutan pertempuran bersenjata di negara itu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Faisal, Jeddah, Arab Saudi jam 4.15 pagi semalam.
  • Ketibaan Junaidah Selamat, 49, bersama dua anaknya, Mohamad Ashraf, 19, dan Juliana Ashraf, 23, disambut anak sulungnya, Ahmad Ashraf, 25, yang baru menamatkan pengajian di sebuah univesiti swasta serta wakil Kementerian Luar.
  • Junaidah berkata, dia meninggalkan Pelabuhan Sudan dengan selamat selepas menerima bantuan kapal tentera laut Arab Saudi menuju ke Jeddah dan bersyukur dapat selamat pulang ke Malaysia selepas 22 hari konflik di Khartoum, Sudan.
  • Berkongsi pengalaman di Sudan, Junaidah berkata, pada 15 April lalu suaminya mengambil anak dari sekolah dan memberitahu ada berlaku pertempuan. Pada awalnya, dia merasakan ia perkara biasa disebabkan sebelum ini sering berlaku demonstrasi.

SEPANG: Tiga rakyat Malaysia yang terkandas di wilayah Al Gaza, Sudan berikutan pertempuran bersenjata di negara itu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Faisal, Jeddah, Arab Saudi jam 4.15 pagi semalam.

Ketibaan Junaidah Selamat, 49, bersama dua anaknya, Mohamad Ashraf, 19, dan Juliana Ashraf, 23, disambut anak sulungnya, Ahmad Ashraf, 25, yang baru menamatkan pengajian di sebuah univesiti swasta serta wakil Kementerian Luar.

Junaidah berkata, dia meninggalkan Pelabuhan Sudan dengan selamat selepas menerima bantuan kapal tentera laut Arab Saudi menuju ke Jeddah dan bersyukur dapat selamat pulang ke Malaysia selepas 22 hari konflik di Khartoum, Sudan.

Bagaimanapun, katanya berasa sedih kerana suami, Ashraf Gasim Elsimd, 54, warga Sudan yang bertugas sebagai Ketua Jabatan, Universiti Sudan tidak dapat pulang bersama kerana tidak dibenarkan keluar dari negara itu.

Berkongsi pengalaman di Sudan, Junaidah berkata, pada 15 April lalu suaminya mengambil anak dari sekolah dan memberitahu ada berlaku pertempuan. Pada awalnya, dia merasakan ia perkara biasa disebabkan sebelum ini sering berlaku demonstrasi.

“Pada keesokan harinya selepas azan Subuh kedengaran bunyi tembakan dari kereta kebal bermula 5 pagi hingga 7 pagi sehingga menggegarkan kediaman,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di KLIA, semalam.

Pertempuran antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) tercetus sejak 15 April lalu dan setakat ini sekurang-kurangnya 528 orang terbunuh dan mencederakan kira-kira 4,600 orang.

Junaidah berkata, berada di tengah peperangan, menempuh laluan jauh dan sukar untuk keluar dari kawasan konflik, pengalaman akan dikenang sepanjang hayat.

Katanya, selepas kejadian semua penduduk keluar untuk membeli barangan keperluan dan kebanyakan barang kering habis dijual termasuk air mineral.

Katanya, pada hari yang sama jam 5 petang, bekalan elektrik terputus enam hari di tiga kawasan dan penduduk secara sukarela mengumpul dana untuk memulihkan bekalan.

“Selepas tiga hari bekalan elektrik pulih ia kembali terputus kerana kawasan kediaman kami berhampiran dengan kem kereta kebal,” katanya.

Junaidah yang berasal dari Jeram, Selangor berkata, dia mendapat tahu daripada kakaknya yang tinggal di Malaysia memaklumkan Kedutaan Malaysia di Sudan akan membawa rakyat Malaysia keluar dari negara itu lalu mendaftar di sana.

Katanya, mereka keluar dari kawasan kediaman ketika gencatan senjata bermula 4 hingga 11 Mei lalu dengan menaiki bas namun setiap 10 minit perjalanan terdapat sekatan jalan raya dilakukan tentera bagi melakukan pemeriksaan.

“Sebelum pulang ke Malaysia saya dapat menghubungi suami dan beliau memaklumkan sebuah pasaraya terbesar di negara itu musnah dibom dan menyebabkan penduduk sukar mendapatkan bekalan barangan keperluan,” katanya.

Selain Ahmad, Junaidah turut mempunyai seorang anak perempuan, Aziza Ashraf, 19, yang kini sedang menuntut di sebuah pusat pendidikan di Perlis sejak 2021.

Sumber: Berita Harian

Author