Connect with us

Terkini

Jadikan PRN peluang tambah calon wanita

Semua parti politik digesa menamakan sekurang-kurangnya 30 peratus calon wanita untuk mewakili parti masing-masing dalam enam pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Jadikan PRN peluang tambah calon wanita
Foto: Naib Ketua Wanita PKR, Sangetha Jayakumar.
  • Semua parti politik digesa menamakan sekurang-kurangnya 30 peratus calon wanita untuk mewakili parti masing-masing dalam enam pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.
  • Naib Ketua Wanita PKR, Sangetha Jayakumar, berkata wanita berhak mendapat perwakilan saksama dengan calon lelaki, sejajar kedudukannya membentuk separuh daripada populasi Malaysia.
  • “Wanita adalah tonggak aktiviti meraih undi kerana pendekatan yang lebih mesra, intuitif dan kebolehupayaan mereka membina rangkaian di peringkat komuniti.
  • “Gerak kerja parti politik tidak mungkin berjaya tanpa pembabitan wanita, namun pembabitan politik wanita pada peringkat akar umbi ini tidak diterjemahkan di peringkat kepimpinan parti politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KUALA LUMPUR: Semua parti politik digesa menamakan sekurang-kurangnya 30 peratus calon wanita untuk mewakili parti masing-masing dalam enam pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Naib Ketua Wanita PKR, Sangetha Jayakumar, berkata wanita berhak mendapat perwakilan saksama dengan calon lelaki, sejajar kedudukannya membentuk separuh daripada populasi Malaysia.

Tegasnya, tuntutan itu adalah adil kerana semua parti politik bergantung penuh kepada jentera dan aktivis wanita untuk melaksanakan gerak kerja kempen politik serta aktiviti lapangan berikutan pembabitan wanita yang aktif, substantif dan berpengaruh di peringkat akar umbi.

“Wanita adalah tonggak aktiviti meraih undi kerana pendekatan yang lebih mesra, intuitif dan kebolehupayaan mereka membina rangkaian di peringkat komuniti.

“Gerak kerja parti politik tidak mungkin berjaya tanpa pembabitan wanita, namun pembabitan politik wanita pada peringkat akar umbi ini tidak diterjemahkan di peringkat kepimpinan parti politik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sangetha berkata, masih wujud amalan ketaksamaan gender dalam politik berdasarkan jumlah pencalonan wanita politik yang jauh ketinggalan berbanding lelaki.

Mengambil contoh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), beliau berkata, hanya 127 calon wanita atau 13.4 peratus daripada keseluruhan 945 calon bertanding bagi kerusi Dewan Rakyat.

“Mengikut gabungan politik, Pakatan Harapan (PH) menamakan 40 calon wanita atau 18 peratus, diikuti Barisan Nasional (BN) dengan 22 calon wanita (11 peratus) dan Perikatan Nasional (PN) dengan 16 calon wanita atau 9.3 peratus,” katanya.

Sehubungan itu, Sangetha menggesa pimpinan parti politik menjadikan enam PRN di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu sebagai peluang memperbaiki kedudukan wanita dalam landskap politik.

“Pimpinan parti politik mesti memastikan lebih ramai pimpinan wanita dicalonkan demi pemerkasaan politik wanita negara dan kadar pencalonan 30 peratus adalah tahap terbaik sebagai permulaan,” katanya.

Sumber: Berita Harian 

Author