Connect with us

Terkini

Kertas rayuan pengampunan Najib akan dibincang waktu sesuai

Kertas rayuan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan dibincangkan pada waktu yang lebih sesuai.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kertas rayuan pengampunan Najib akan dibincang waktu sesuai
Foto: Datuk Seri Najib Razak.
  • Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud menerusi kenyataan akhbar hari ini.
  • “Urusetia Lembaga Pengampunan ingin memaklumkan bahawa kertas rayuan pengampunan Najib tidak dapat dibawa pada mesyuarat Lembaga Pengampunan kali ini (28 April lalu).”
  • “Kertas berkenaan akan dipertimbangkan pada masa yang sesuai mengikut perundangan dan peraturan-peraturan yang terpakai,” katanya.

PUTRAJAYA: Kertas rayuan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan dibincangkan pada waktu yang lebih sesuai.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Khairul Dzaimee berkata, kertas berkenaan akan dipertimbangkan pada masa yang sesuai mengikut perundangan dan peraturan yang terpakai.

“Urusetia Lembaga Pengampunan ingin memaklumkan bahawa kertas rayuan pengampunan Najib tidak dapat dibawa pada mesyuarat Lembaga Pengampunan kali ini (28 April lalu).

“Kertas berkenaan akan dipertimbangkan pada masa yang sesuai mengikut perundangan dan peraturan-peraturan yang terpakai,” katanya.

Khairul Dzaimee yang juga Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkata, persidangan ke-59 Lembaga Pembangunan pada 28 April lalu telah mempertimbangkan 10 kes rayuan pengampunan mengikut Peraturan 54 dan Peraturan 113 Akta Penjara 2000.

Mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Raja atau Yang di-Pertua Negeri pula berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan lain yang dilakukan di dalam negeri terbabit.

Ketika ini, Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada Mac lalu, menolak permohonan bekas Perdana Menteri untuk menyemak semula sabitan dan hukuman dikenakan terhadapnya berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *