Connect with us

Terkini

Tangguhkan aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas – KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengingatkan semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan institusi pendidikan bawah KPM agar melaksanakan langkah-langkah pencegahan menghadapi cuaca panas dan jerebu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Tangguhkan aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas – KPM
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengingatkan semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan institusi pendidikan bawah KPM agar melaksanakan langkah-langkah pencegahan menghadapi cuaca panas dan jerebu.
  • Antara langkah pencegahan menghadapi cuaca panas dan jerebu: tangguhkan aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas; pantau aktiviti mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas; bagi kawasan bacaan IPU melebihi 100, aktiviti di luar bilik darjah melibatkan murid hendaklah dihentikan.

KUALA LUMPUR — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengingatkan semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan institusi pendidikan bawah KPM agar melaksanakan langkah-langkah pencegahan menghadapi cuaca panas dan jerebu.

KPM dalam satu kenyataan hari ini berkata, semua institusi pendidikan di bawahnya dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti garis panduan ditetapkan.

Institusi pendidikan juga diingatkan untuk peka dengan perkembangan semasa melalui media mengenai fenomena berjerebu di kawasan atau daerah masing-masing dan mematuhi saranan Kementerian Kesihatan Malaysia serta Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dari semasa ke semasa bagi menjamin kesihatan murid/pelajar dan warga institusi pendidikan. 

Ini berikutan cuaca panas melanda negara juga turut menyebabkan beberapa lokasi menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat. 

Berikut langkah-langkah pencegahan menghadapi cuaca panas dan jerebu:

i. Menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas;

ii. Memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas;

iii. Bagi kawasan yang bacaan IPU melebihi 100, semua aktiviti di luar bilik darjah yang melibatkan murid hendaklah dihentikan;

iv. Memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi di institusi  pendidikan bawah KPM dan menggalakkan murid membawa air minuman sendiri;

v. Menasihati dan menggalakkan murid mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan;

vi. Membekalkan air minuman kepada murid asrama sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air minuman; dan

vii. Sentiasa berwaspada serta bekerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat cuaca panas. — The Merdeka Times

Sumber: Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *