Connect with us

Terkini

Lima LRA dijangka siap ikut jadual mulai hujung tahun ini – MB Kedah

Projek menaik taraf lima Loji Rawatan Air (LRA) di negeri ini, berjalan lancar dan dijangka siap mengikut jadual secara berperingkat mulai hujung tahun ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lima LRA dijangka siap ikut jadual mulai hujung tahun ini – MB Kedah
Foto: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
  • Projek menaik taraf lima Loji Rawatan Air (LRA) di negeri ini, berjalan lancar dan dijangka siap mengikut jadual secara berperingkat mulai hujung tahun ini.
  • Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata pihaknya sentiasa berusaha keras menyelesaikan isu gangguan air di negeri ini selepas ia sudah berlarutan sejak puluhan tahun lalu.
  • “Setiap minggu saya akan diberi taklimat mengenai perkembangan projek pembangunan LRA berkenaan daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).
  • “Kerajaan negeri terdahulu kata saya gagal kendalikan isu air, LRA di negeri ini tetapi saya mewarisi daripada mereka dan mereka yang tangguhkan pelaksanaan LRA selama dua tahun. Saya ambil alih (kerajaan negeri) pada tahun 2020 dan masa itu negara sedang dilanda COVID-19.
  • “Itu menyebabkan banyak sektor terpaksa dihentikan termasuk pengeluaran bahan binaan dan apabila COVID-19 reda, kilang buka, tempahan banyak masuk sebab itu terpaksa tunggu giliran untuk mendapatkan bahan bagi membolehkan projek LRA diteruskan,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon di sini, semalam.

ALOR SETAR: Projek menaik taraf lima Loji Rawatan Air (LRA) di negeri ini, berjalan lancar dan dijangka siap mengikut jadual secara berperingkat mulai hujung tahun ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata pihaknya sentiasa berusaha keras menyelesaikan isu gangguan air di negeri ini selepas ia sudah berlarutan sejak puluhan tahun lalu.

“Setiap minggu saya akan diberi taklimat mengenai perkembangan projek pembangunan LRA berkenaan daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Kerajaan negeri terdahulu kata saya gagal kendalikan isu air, LRA di negeri ini tetapi saya mewarisi daripada mereka dan mereka yang tangguhkan pelaksanaan LRA selama dua tahun. Saya ambil alih (kerajaan negeri) pada tahun 2020 dan masa itu negara sedang dilanda COVID-19.

“Itu menyebabkan banyak sektor terpaksa dihentikan termasuk pengeluaran bahan binaan dan apabila COVID-19 reda, kilang buka, tempahan banyak masuk sebab itu terpaksa tunggu giliran untuk mendapatkan bahan bagi membolehkan projek LRA diteruskan,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu air dan dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Asmirul Anuar Aris, yang menyifatkan ketiadaan pelan penyelesaian jangka pendek dan sederhana telah menyebabkan isu ketiadaan air berlaku di Kedah.

Asmirul Anuar turut menyifatkan sikap menyalahkan pentadbiran kerajaan terdahulu dan hanya mengharapkan kepada jalan penyelesaian jangka panjang iaitu pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) baharu menjadikan masalah air yang berlaku semakin kritikal saban tahun.

Muhammad Sanusi berkata, pihak luar yang suka membuat dakwaan itu tidak mendapat maklumat sebenar mengenai projek berkenaan dan hanya mahu menimbulkan perspektif buruk terhadap kerajaan negeri.

“Isu pengambilan tanah untuk laksanakan projek itu juga sudah dalam perancangan dan sedang diselesaikan secepat mungkin. Sebenarnya semasa dalam perancangan awal, kita tidak dapat lihat keadaan sebenar di lokasi tetapi apabila proses menanam paip di dalam tanah baru kita nampak terdapat perubahan kedudukan dari segi tanah rizab dan sebagainya.

“Sebelum ini, kawasan itu adalah tanah rizab sungai, namun terdapat perubahan di mana ia kini adalah kawasan sungai itu sendiri,” katanya.

Menyentuh mengenai cadangan pembinaan mini LRA di Kuala Kedah, Muhammad Sanusi menyifatkannya sebagai tidak praktikal, selain menelan kos yang tinggi.

“Mini LRA ini menelan kos RM13 juta tak praktikal. Selepas LRA siap, loji ini nak letak kat mana sebab sudah ada LRA besar.

“Apa yang perlu sekarang adalah hanya mini kesabaran. Sabar sebab sudah lama tunggu. Zaman saya setahun sahaja buat kerja sebab COVID-19 selama dua tahun,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author