Connect with us

Terkini

Kerja penyelenggaraan jalan di lebuh raya dihentikan serta merta

Kerja-kerja membaiki dan penyelenggaraan jalan di lebuh raya seluruh negara ditangguhkan serta merta selama 20 hari, sehingga 7 Mei ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kerja penyelenggaraan jalan di lebuh raya dihentikan serta merta
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerja-kerja membaiki dan penyelenggaraan jalan di lebuh raya seluruh negara ditangguhkan serta merta selama 20 hari, sehingga 7 Mei ini.
  • Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nantha Linggi berkata, tindakan itu diambil untuk memastikan kelancaran aliran trafik semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.
  • Kenyatan ini adalah ekoran video viral kesesakan teruk di Lebuhraya Pantai Timur KL-Karak yang disebabkan kerja penyelenggaraan ketika orang ramai mula pulang ke kampung halaman masing-masing sempena sambutan Raya Aidilfitri.

GOMBAK – Kerja-kerja membaiki dan penyelenggaraan jalan di lebuh raya seluruh negara ditangguhkan serta merta selama 20 hari, sehingga 7 Mei ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nantha Linggi berkata, tindakan itu diambil untuk memastikan kelancaran aliran trafik semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Baru-baru ini ada viral di media iaitu kerja penyelenggaraan di Lebuhraya Pantai Timur KL-Karak didakwa mengakibatkan kesesakan teruk ketika orang sudah mula balik kampung bermula malam tadi.

“Oleh demikian kita telah mengarahkan serta merta bermula hari ini telah dipersetujui oleh syarikat konsesi dalam taklimat tadi bahawa tiada kerja penyelenggaraan atau membaiki jalan lebuhraya bermula dari 18 April hingga 7 Mei ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Tol Gombak, hari ini.

Tambah beliau, sebanyak 33 syarikat konsesi lebuh raya termasuk Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur terlibat dalam penguatkuasaan itu.

“Pasukan peronda, saluran aduan kecemasan, segala kemudahan termasuk lorong lorong kontra disediakan membantu melicinkan aliran trafik agar sentiasa lancar sepanjang tempoh perayaan kali ini di lebuhraya.

“Tol percuma ini cadangan yang dibawa KKR kepada Jemaah Menteri dan saya bersyukur Perdana Menteri merestui dan menerima serta mengumumkan inisiatif tol percuma ini,” ujarnya.

Katanya, kos pelaksanaan tol percuma ini akan ditanggung secara bersama oleh kerajaan dan syarikat konsesi tol percuma terlibat. 

Sumber: MalaysiaGazette

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *