Connect with us

Terkini

Nilai semula harga tiket penerbangan ke Sabah – Shafie Apdal

Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa agar kerajaan dan pihak bertanggungjawab membuat penilaian semula harga tiket penerbangan ke Sabah sepanjang musim perayaan ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Nilai semula harga tiket penerbangan ke Sabah – Shafie Apdal
Foto: Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
  • Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa agar kerajaan dan pihak bertanggungjawab membuat penilaian semula harga tiket penerbangan ke Sabah sepanjang musim perayaan ini.
  • Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Sabah, berkata isu berkenaan harga tiket penerbangan mahal ketika musim perayaan, khususnya dari Kuala Lumpur ke bandar utama negeri ini bukanlah isu baharu.
  • “Walaubagaimanapun, sudah pasti apa yang rakyat dan juga pengguna perlukan adalah budi bicara serta campur tangan pihak kerajaan dan penguasa berkaitan, dengan harapan harga tiket penerbangan ketika musim perayaan ini lebih munasabah.
  • “Pada masa sama, harga tiket kapal terbang untuk penerbangan domestik di Sabah pula meningkat berkali ganda. Rakyat Sabah hanya ada dua pilihan sama ada menggunakan perkhidmatan udara ataupun jalan raya,” katanya.

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa agar kerajaan dan pihak bertanggungjawab membuat penilaian semula harga tiket penerbangan ke Sabah sepanjang musim perayaan ini.

Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Sabah, berkata isu berkenaan harga tiket penerbangan mahal ketika musim perayaan, khususnya dari Kuala Lumpur ke bandar utama negeri ini bukanlah isu baharu.

“Kita sedar dan tahu bahawa kos operasi dan pengendalian kapal terbang ini tidak murah, dengan kos bahan api yang sentiasa meningkat serta ketidaktentuan pasaran ekonomi dunia.

“Walaubagaimanapun, sudah pasti apa yang rakyat dan juga pengguna perlukan adalah budi bicara serta campur tangan pihak kerajaan dan penguasa berkaitan, dengan harapan harga tiket penerbangan ketika musim perayaan ini lebih munasabah.

“Pada masa sama, harga tiket kapal terbang untuk penerbangan domestik di Sabah pula meningkat berkali ganda. Rakyat Sabah hanya ada dua pilihan sama ada menggunakan perkhidmatan udara ataupun jalan raya,” katanya.

Beliau berkata, umum diketahui keadaan jalan raya di Sabah ketika ini banyak mengalami kerosakan, dan di sesetengah kawasan terdapat jalan raya berbahaya untuk dilalui.

Katanya, keadaan ini secara tidak langsung akan menambahkan lagi masa perjalanan untuk sampai ke destinasi.

“Pihak kementerian dan juga agensi serta pengendali perkhidmatan udara perlu mempertimbangkan untuk menambah kekerapan jumlah penerbangan di antara bandar di dalam negeri Sabah.

“Sebagai contoh, jika pada waktu ini hanya ada dua kali penerbangan dari Kota Kinabalu ke Tawau, mungkin ia dapat ditambah kepada tiga kali atau mungkin lebih lagi.

“Jika dapat dilaksanakan, ia akan mengurangkan keadaan di mana pengguna terlepas masa transit antara bandar yang agak terbatas,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, semalam.

Mohd Shafie berkata, perkara ini perlu dipertimbangkan supaya kos lebih adil ditanggung pengguna dari Sabah dan juga Sarawak apabila menggunakan pengangkutan udara, lebih-lebih lagi ia adalah satu-satunya pengangkutan yang ada untuk digunakan pada masa ini.

Sumber: Berita Harian

Author