Terkini
Kenaikan elaun guru KAFA dibayar secara tunggakan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengumumkan pembayaran kenaikan elaun guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) akan dibayar secara tunggakan.
- Pembayaran kenaikan elaun guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) akan dibayar secara tunggakan.
- Ia akan dibuat bermula Januari 2023 kepada semua guru KAFA di seluruh negara – Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
- “JAKIM akan menguruskan penyaluran semua pembayaran berkenaan melalui Kerajaan Negeri sebaik sahaja peruntukan tersebut diterima,” katanya.
- JAKIM menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa bayaran bantuan one-off kepada tidak termasuk dalam senarai bantuan oleh pihak kerajaan,” katanya.
KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengumumkan pembayaran kenaikan elaun guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) akan dibayar secara tunggakan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata bayaran secara tunggakan itu akan dibuat bermula Januari 2023 kepada semua guru KAFA di seluruh negara, dalam satu kenyataan media di Facebook rasmi hari ini.
“JAKIM akan menguruskan penyaluran semua pembayaran berkenaan melalui Kerajaan Negeri sebaik sahaja peruntukan tersebut diterima.
“Dengan kenyataan ini, JAKIM menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan bahawa bayaran bantuan one-off kepada imam, bilal dan guru KAFA tidak termasuk dalam senarai bantuan oleh pihak kerajaan,” katanya.
Pada 24 Februari lalu, kerajaan bersetuju untuk menaikkan elaun kira-kira 35,000 guru KAFA sebanyak RM100 kepada RM1,100 dengan peruntukan tambahan lebih RM40 juta ketika membentangkan Belanjawan 2023.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengumumkan pemberian bantuan secara one-off kepada imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA dan guru takmir melibatkan kira-kira 70,000 orang ketika itu.