Connect with us

Terkini

Doktor promosi produk kosmetik, makanan tambahan bakal diambil tindakan!

Mana-mana doktor yang didapati terlibat dalam pengiklanan produk kosmetik dan makanan tambahan boleh dikenakan tindakan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

produk kosmetik - dr noor azmi ghazali
Foto: Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, Sumber Bernama.
  • Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata perbuatan tersebut  melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik (PKDK) 1984.
  • “Untuk makluman Yang Berhormat, dalam Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, mereka (syarikat kosmetik atau produk makanan tambahan) tidak boleh menggunakan profesional doktor sebagai contoh untuk hadir dalam iklan bagi mempromosikan atau mengesyorkan produk itu.

KUALA LUMPUR – Mana-mana doktor yang didapati terlibat dalam pengiklanan produk kosmetik dan makanan tambahan boleh dikenakan tindakan. Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, ini berikutan perbuatan adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik (PKDK) 1984.

“Untuk makluman Yang Berhormat, dalam Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, mereka (syarikat kosmetik atau produk makanan tambahan) tidak boleh menggunakan profesional doktor sebagai contoh untuk hadir dalam iklan bagi mempromosikan atau mengesyorkan produk itu.

“Tindakan yang seolah- olah membuat iklan adalah salah (dilakukan oleh doktor) dan kalau berlaku kita akan siasat dan ambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

“Selain itu, doktor yang terlibat pula kita akan salurkan, maklumkan kepada badan profesional yang menyelia amalan seseorang doktor,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli (PH-Lumut) mengenai tindakan yang diambil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap syarikat produk kosmetik dan makanan tambahan yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen secara berlebihan.

Katanya, orang ramai juga dinasihatkan supaya memberi kerjasama sekiranya mendapati ada syarikat atau pemilik produk kesihatan yang melakukan kesalahan ketika membuat iklan terutama di media sosial.

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *