Connect with us

Antarabangsa

Datuk Bandar Markham kutuk sekeras-kerasnya serangan masjid Kanada

Datuk Bandar Markham, Frank Scarpitti menyifatkan insiden serangan masjid di kawasan itu sebagai “tindakan kebencian.”

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Datuk Bandar Markham kutuk sekeras-kerasnya serangan masjid Kanada
Foto: Masjid Markham.
  • Insiden di Masjid Markham disifatkan sebagai satu “tindakan kebencian.”
  • Malam sebelum kejadian ini saya menyertai pemimpin lain untuk berbuka puasa bersama masyarakat Islam. – Datuk Bandar Markham, Frank Scarpitti.
  • Saya “sangat terganggu” dengan serangan itu. – Menteri Perdagangan, Mary Ng.
  • “Semua orang harus berasa selamat di tempat ibadat mereka,” kata Mary Ng.
  • Ahli Politik Kanada, Kristyn Wong-Tam juga menjadi antara mereka yang mengutuk serangan di masjid Markham.

ONTARIO – Datuk Bandar Markham, Frank Scarpitti menyifatkan insiden serangan masjid di kawasan itu sebagai “tindakan kebencian.”

Scarpitti mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu.

Menurutnya, pada malam sebelum kejadian tersebut berlaku, beliau menyertai pemimpin lain dalam acara berbuka puasa bersama masyarakat Islam seperti dipetik CBC.

“Saya berterima kasih kepada mereka atas semua sumbangan mereka. Markham mengutuk sekeras-kerasnya #Islamophobia dan kami berdiri dalam solidariti dengan komuniti Islam Markham,” katanya dalam satu ciapan Twitter semalam.

Menteri Perdagangan, Mary Ng berkata beliau “sangat terganggu” dengan serangan itu.

Katanya, dalam satu ciapan Twitter, semua orang harus berasa selamat di tempat ibadat mereka.

Selain itu, Ahli Politik Kanada, Kristyn Wong-Tam juga menjadi antara mereka yang mengutuk serangan di masjid Markham.

“Pada hari lain, satu lagi serangan bermotifkan kebencian di Ontario. 

“Kami menghampiri ulang tahun Serangan Keganasan London dan kata-kata tidak mencukupi apabila kerajaan boleh mengambil tindakan nyata untuk memastikan masyarakat selamat dan menghentikan Islamophobia,” katanya.

Seorang lelaki Toronto berusia 28 tahun dikenal pasti dan ditangkap sejurus selepas tengah malam pada 7 April lalu. 

Suspek didakwa atas tuduhan mengeluarkan ugutan, menyerang dengan senjata dan memandu secara berbahaya.

Sumber: CBC

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *