Connect with us

Terkini

Kerajaan sedia pertimbang subsidi tiket penerbangan kepada mahasiswa – PM

Kerajaan bersedia mempertimbangkan cadangan memberi subsidi bagi tiket penerbangan kepada mahasiswa, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan sedia pertimbang subsidi tiket penerbangan kepada mahasiswa – PM
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perincian cadangan itu perlu dibincangkan bersama Kementerian Pengangkutan selain perlu membabitkan syarikat penerbangan.
  • Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan perbincangan itu perlu meneliti parameter bersesuaian, termasuk kekerapan dan aspek lain yang berkaitan.
  • “Dia ada certificate (identiti) pelajar, (mungkin) setahun sekali ke…nanti saya akan bincangkan dengan Loke. Saya akan bincang dan maknanya saya terimalah cadangan ini.
  • “Pelajar dari Sabah dan Sarawak tidak semua daripada keluarga senang dan (tiket penerbangan) ini mungkin membebankan kerana kos terlalu tinggi. Kos dari Miri, Sarawak sahaja terlalu mahal,” katanya pada sesi dialog bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) sempena lawatan rasminya ke institusi pengajian tinggi itu di sini hari ini.

SHAH ALAM: Kerajaan bersedia mempertimbangkan cadangan memberi subsidi bagi tiket penerbangan kepada mahasiswa, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, perincian cadangan itu perlu dibincangkan bersama Kementerian Pengangkutan, selain perlu membabitkan syarikat penerbangan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, perbincangan itu perlu meneliti parameter bersesuaian, termasuk kekerapan dan aspek lain yang berkaitan.

“Menteri Pengangkutan, Anthony Loke baru-baru ini, ada sebut mengenai pertambahan (tiket) semasa cuti raya. Subsidi tiket (penerbangan) untuk mahasiswa ini ‘make sense’ dan mungkin kita perlu runding dengan syarikat penerbangan.

“Dia ada certificate (identiti) pelajar, (mungkin) setahun sekali ke…nanti saya akan bincangkan dengan Loke. Saya akan bincang dan maknanya saya terimalah cadangan ini.

“Pelajar dari Sabah dan Sarawak tidak semua daripada keluarga senang dan (tiket penerbangan) ini mungkin membebankan kerana kos terlalu tinggi. Kos dari Miri, Sarawak sahaja terlalu mahal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) sempena lawatan rasminya ke institusi pengajian tinggi itu di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin; Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar; Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose dan Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Roziah Mohd Janor.

Sumber: Berita Harian

Author