Terkini
Kedah umum RM1,000 Bantuan Khas Aidilfitri untuk setiap penjawat awam negeri
Kerajaan Kedah mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada penjawat awam di negeri itu yang akan disalurkan bermula 18 April ini.
- Kerajaan Kedah mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada penjawat awam di negeri itu yang akan disalurkan bermula 18 April ini.
- Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan kerajaan negeri bersetuju meluluskan Bantuan Khas Aidilfitri tahun 2023 kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah, sebanyak RM1,000 setiap orang menerusi mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) semalam.
- “Ia melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM5.1 juta untuk penjawat awam (di Kedah) seramai 5,100 orang,” katanya.
ALOR SETAR: Kerajaan Kedah mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada penjawat awam di negeri itu yang akan disalurkan bermula 18 April ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata kelulusan berkenaan dibuat pada mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di Wisma Darul Aman pada semalam.
“Saya mahu umumkan Bantuan Khas Aidilfitri tahun 2023 kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah, (di mana) kerajaan negeri bersetuju meluluskan bantuan sebanyak RM1,000 setiap orang.
“Ia melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM5.1 juta untuk penjawat awam (di Kedah) seramai 5,100 orang,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah membuat penjenamaan semula ketua kampung yang kini dikenali sebagai Majlis Ketua Kampung (MKK).
Keputusan itu adalah bagi menggantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) yang berada di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar sebelum ini.
Tambahnya, pelantikan berkenaan juga akan melibatkan peruntukan tahunan sebanyak RM13.8 juta bagi pembayaran elaun.
Sumber: Astro Awani