Connect with us

Terkini

Kerajaan pertimbang tingkatkan had pengeluaran KWSP untuk tunai haji

Kerajaan sedia pertimbang cadangan supaya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkatkan kadar pengeluaran daripada Akaun 2 khusus untuk menunaikan haji.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan pertimbang tingkatkan had pengeluaran KWSP untuk tunai haji
Foto: Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata pihaknya akan adakan perbincangan dengan Lembaga Tabung Haji (TH) berhubung perkara berkenaan.
  • “Berkaitan isu KWSP, saya rasa ini cadangan baik dan insya-Allah saya akan berbincang dengan TH meminta mereka menyusun supaya perbincangan lanjut dapat dilakukan untuk melihat isu seperti dicadangkan itu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
  • Beliau menjawab soalan tambahan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) yang meminta KWSP menaikkan kadar pengeluaran Akaun 2 yang ketika ini dihadkan kepada RM3,000 bagi menampung peningkatan kos menunaikan haji.
  • TH sebelum ini dilaporkan, sedia mempertimbangkan menaikkan jumlah pengeluaran dibenarkan untuk tunai haji, jika ada permintaan daripada kerajaan.

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia pertimbang cadangan supaya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkatkan kadar pengeluaran daripada Akaun 2 khusus untuk menunaikan haji.

Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Lembaga Tabung Haji (TH) berhubung perkara berkenaan.

“Berkaitan isu KWSP, saya rasa ini cadangan baik dan insya-Allah saya akan berbincang dengan TH meminta mereka menyusun supaya perbincangan lanjut dapat dilakukan untuk melihat isu seperti dicadangkan itu,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) yang meminta KWSP menaikkan kadar pengeluaran Akaun 2 yang ketika ini dihadkan kepada RM3,000 bagi menampung peningkatan kos menunaikan haji.

BH sebelum ini melaporkan TH sedia mempertimbangkan untuk menaikkan jumlah pengeluaran yang dibenarkan untuk menunaikan haji, jika ada permintaan daripada kerajaan.

Ini kerana pengeluaran dibenarkan untuk menunaikan haji adalah daripada Akaun 2 saja, dengan jumlah maksimum RM3,000.

Menjawab soalan asal Khairil Nizam yang meminta kerajaan menyatakan strategi dan penyelesaian untuk menangani kos haji serta umrah yang melonjak naik, Mohd Na’im berkata, TH memeterai perjanjian jangka panjang bagi beberapa perkhidmatan asas sebagai langkah strategik menangani kenaikan kos haji yang berterusan.

“Antara perkhidmatan itu membabitkan penerbangan, penyewaan bangunan penginapan di Makkah dan Madinah serta sajian makan jemaah haji.

“TH akan terus mengamalkan perbelanjaan secara berhemah demi menjaga kebajikan semua jemaah haji Malaysia dengan kos operasi yang wajar,” katanya.

Mengenai kos mengerjakan umrah pula, Mohd Na’im berkata, ia di bawah bidang kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

“Buat masa ini kerajaan mengambil maklum mengenai peningkatan kos umrah dan ia berikutan permintaan tinggi daripada jemaah seluruh dunia, antara lain membabitkan kos penginapan, logistik, tiket penerbangan dan lain-lain lagi.

“MOTAC sentiasa mengambil inisiatif mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan bagi mengenal pasti isu dibangkitkan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author