Connect with us

Terkini

Akta Antigangguan Seksual 2022 dikuatkuasakan secara berperingkat

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menguatkuasakan Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840) secara berperingkat bermula hari ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Akta Antigangguan Seksual 2022 dikuatkuasakan secara berperingkat
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • KPWKM akan kuatkuasakan Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840) secara berperingkat bermula hari ini.
  • Akta itu membabitkan seksyen 1 (tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa), Seksyen 2 (Tafsiran), Seksyen 24 (Pentadbir), Seksyen 25 (Fungsi dan kuasa pentadbir) dan Seksyen 26 (Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan).
  • Akta 840 mencerminkan komitmen kerajaan yang amat prihatin dan serius tangani serta hapuskan diskriminasi berasaskan gender terutama gangguan seksual.
  • “Pembaharuan struktur melalui penggubalan akta baharu ini adalah seiring dengan strategi mempertingkat perlindungan undang-undang serta meningkatkan program kesedaran dan intervensi mengenai hak wanita.
  • “Ia juga di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (RMK-12), selain komitmen negara di peringkat antarabangsa seperti Matlamat Pembangunan Mampan 2030 dan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW).”

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menguatkuasakan Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840) secara berperingkat bermula hari ini.

KPWKM dalam kenyataan hari ini, berkata akta itu membabitkan seksyen 1 (tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa), Seksyen 2 (Tafsiran), Seksyen 24 (Pentadbir), Seksyen 25 (Fungsi dan kuasa pentadbir) dan Seksyen 26 (Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan).

“Akta 840 sudah diluluskan di Dewan Rakyat pada 20 Julai 2022 dan Dewan Negara pada 11 Ogos 2022.

“Akta berkenaan juga sudah diwartakan sebagai Akta baharu pada 18 Oktober 2022 selepas menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Akta 840 mencerminkan komitmen kerajaan yang amat prihatin dan serius dalam menangani serta menghapuskan diskriminasi berasaskan gender terutama gangguan seksual.

“Pembaharuan struktur melalui penggubalan akta baharu ini adalah seiring dengan strategi mempertingkat perlindungan undang-undang serta meningkatkan program kesedaran dan intervensi mengenai hak wanita.

“Ia juga di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (RMK-12), selain komitmen negara di peringkat antarabangsa seperti Matlamat Pembangunan Mampan 2030 dan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW),” katanya.

Katanya, penguatkuasaan berkenaan membabitkan takrifan gangguan seksual, elemen kesedaran dan pencegahan mengenai gangguan seksual kepada masyarakat.

“Ia mengambil kira kepentingan untuk mendidik dan meningkatkan pemahaman serta kesedaran rakyat mengenai betapa seriusnya isu yang membabitkan gangguan seksual sebelum akta ini dikuatkuasakan sepenuhnya.

“Kementerian percaya apabila pemahaman dan kesedaran masyarakat mengenai perlakuan gangguan seksual dan kesan-kesannya terhadap mangsa dapat dipertingkatkan, ia secara langsung membantu ke arah menyediakan persekitaran yang selamat,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author