Terkini
Pindaan akta seksual kanak-kanak syor hukuman lebih berat – Azalina
Pindaan Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat Isnin ini, mengesyorkan hukuman penjara ditingkatkan kepada 20 tahun atau denda RM50,000.
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata syor penambahbaikan itu antaranya bertujuan melindungi kanak-kanak daripada kegiatan eksploitasi seksual, selain mengambil kira kemajuan teknologi dan kewujudan media sosial.
- “Seksyen 15 akan ditambah baik dengan menambah Seksyen 15A iaitu kesalahan jenayah seks penstriman langsung sama ada menyertainya, menguruskan, mempromosikan, mengarahkan penderaan atau menerima wang dan sebagainya wajar dipenjara 20 tahun atau denda RM50,000.
- “Seksyen 15B pula membabitkan kesalahan menggunakan imej seksual kanak-kanak untuk memeras ugut, mengancam seorang kanak-kanak dengan menghantar lebih banyak gambar, video, beri wang atau melakukan seks dengan pelaku yang boleh dipenjara 10 tahun.”
- “Mahkamah juga diberi mandat memerintahkan pampasan kepada mangsa dalam semua kes mengikut akta ini tanpa permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya dengan penambahan Seksyen 26A dan 26B,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.
KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat Isnin ini, mengesyorkan hukuman penjara ditingkatkan kepada 20 tahun atau denda RM50,000.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata syor penambahbaikan itu antaranya bertujuan melindungi kanak-kanak daripada kegiatan eksploitasi seksual, selain mengambil kira kemajuan teknologi dan kewujudan media sosial.
Beliau berkata, langkah itu juga didorong dapatan perangkaan menunjukkan 94 peratus kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun selaku pengguna internet dan dianggarkan 100,000 golongan itu terdedah penderaan seksual secara dalam talian.
“Seksyen 15 akan ditambah baik dengan menambah Seksyen 15A iaitu kesalahan jenayah seks penstriman langsung sama ada menyertainya, menguruskan, mempromosikan, mengarahkan penderaan atau menerima wang dan sebagainya wajar dipenjara 20 tahun atau denda RM50,000.
“Seksyen 15B pula membabitkan kesalahan menggunakan imej seksual kanak-kanak untuk memeras ugut, mengancam seorang kanak-kanak dengan menghantar lebih banyak gambar, video, beri wang atau melakukan seks dengan pelaku yang boleh dipenjara 10 tahun.
“Mahkamah juga diberi mandat memerintahkan pampasan kepada mangsa dalam semua kes mengikut akta ini tanpa permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya dengan penambahan Seksyen 26A dan 26B,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.
Selain itu, Azalina berkata, kerajaan juga akan meminda Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676) untuk memperuntukkan pendengaran khas sebagai mekanisme tambahan.
“Keterangan saksi kanak-kanak boleh diambil dalam bentuk rakaman video supaya mereka tidak perlu hadir perbicaraan dan pemberian kuasa kepada mahkamah untuk melarang soalan tidak wajar diajukan kepada golongan itu.
“Ia bagi memastikan saksi kanak-kanak dapat memberikan keterangan dengan lebih tenang dan selesa.
“Jadi kami tidak mahu perkara ini berulang dan kami mahu arahan jelas kepada pendakwa raya, dan peguam supaya hakim ada kuasa untuk kawal soalan. Ini kerana, ada kebanyakan masa soalan dikemukakan peguam seperti memperkecilkan dan menggugut kanak-kanak itu,” katanya.
Sumber: Berita Harian